Manusia Pelik: Si Wajah Ratusan Tindik & Si Tengkorak Merah

Rolf Buchholz (Man With Hundreds of Piercing)

Demi kepuasan diri, seorang lelaki di Jerman sanggup membiarkan dirinya ‘disakiti’ dengan cacahan tatu, tindik dan implan dalam usaha mengubah penampilannya.

Sehingga kini, Rolf Buchholz melakukan 516 kali ubah suai pada dirinya melalui tiga kaedah terbabit.

‘Kejayaannya’ itu membuatkan Buchholz diiktiraf Guinness World Records sebagai individu terbanyak mengubah suai anggota badannya.

Biarpun banyak ubah suai dilakukan, Buchholz mengakui belum puas mengubah penampilan dirinya.

Buchholz berkata, dia mula melakukan tindik pertama pada 1999 ketika usianya 40 tahun sebelum mengubah sedikit demi sedikit penampilan dirinya.

Katanya, bahagian tubuh paling sakit semasa proses mencacah tatu ialah telapak tangan.

“Ia sangat menyakitkan sampaikan saya tak boleh tahan namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengubah diri saya.

“Mungkin saya nampak berubah dari penampilan diri sebenar saya, tetapi dalam jiwa, saya masih orang sama,” katanya dalam temubual bersama Guinness World Records.

Sebelum ini, Buchholz pernah mencipta rekod sama apabila memiliki 453 tindik termasuk 158 tindik di sekitar bibirnya.

Sehingga kini, hampir 90 peratus tubuhnya dilitupi tatu, 37 tindik sekitar matanya, selain 18 tindik di cuping telinga.

Selain itu, lelaki itu juga memiliki enam implan di bawah lapisan kulit pergelangan tangan dan implan magnetik di tangannya.

Henry Rodriguez (Red Skull)

Seorang lelaki di Sepanyol membuat ‘kerja gila’ apabila melakukan pembedahan ekstrem dengan memotong hidung dan menambahkan tanduk agar mirip watak penjahat dalam komik Marvel.

Henry Rodriguez, seorang artis tatu dari Galicia, telah menjalani 15 pembedahan yang menyakitkan semata-mata untuk mendalami watak Red Skull atau musuh ketat Captain America.

Rodriguez berkata, dia tidak menyesal melakukan perubahan pelik itu, bahkan dia gembira apabila anaknya menggelarkannya sebagai ‘ayah luar biasa’.

Artis tatu berusia 34 tahun itu menceritakan dia mengambil keputusan itu pada tahun 2012 kerana minat mendalam dengan watak jahat terbabit.

Sebelum membuat keputusan melakukan pembedahan, dia pernah berbincang dengan doktor pakar untuk melihat watak sesuai untuk ditirunya.

“Saya inginkan sesuatu yang unik. Idea awalnya ialah tengkorak dan semasa doktor sedang merancang sesuatu, saya terus menunjukkan watak Red Skull,” katanya.

Tambahnya, dia melakukan 15 pembedahan dan kos dianggarkan AS$36,000 (RM148,000).

Sumber: MyMetro & Sinar Harian

Info Menarik:

Menyingkap Rahsia Kubur Berkepala Enam

6 Sayur ini Berasal Dari Pokok Yang Sama

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply