Manchester United Kalah dan Malu di Turki

Kekalahan memalukan Manchester United 1-2 kepada Basaksehir dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini walaupun membayar dengan harga yang mahal.

Walaupun barisan Ole Gunnar Solskjaer yang turut berdepan kesukaran di Liga Perdana, memulakan kempen Eropah dengan penuh bergaya dengan kemenangan ke atas Paris Saint-Germain dan membelasah RB Leipzig 5-0.

Namun kekalahan di Turki memberi kemenangan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat Basaksehir – akan menambah tekanan buat bos dari Norway itu dengan skuad kendaliannya dilihat kurang inspirasi dan pertahanan buruk di Istanbul.

Keputusan berkenaan menamatkan rentetan kemenangan Manchester United dalam sejarah mereka iaitu 10 kemenangan berturut-turut dan kekalahan pertama mereka di tempat lawan sejak tewas Januari lalu di Liverpool pada Liga Perdana.

Solskjaer berkata, persembahan United tidak cukup bagus ketika berdepan pasukan Basaksehir yang bekerja keras, berlari dan bertahan dengan baik.

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply