
Lelaki Huni Pulau Tersunyi Utara Atlantik
Seorang pengembara yang menetap di pulau paling sunyi di Utara Atlantik hanya mempunyai burung, ikan paus dan anjing laut untuk menemaninya.
Chris ‘Cam’ Cameron, 53, tinggal di pulau granit terpencil dikenali Rockall yang terletak kira-kira 70 kaki (21.33m) dari aras laut dan ukur lilit 300 kaki (91.54m).
Di situ Cam tinggal di puncak batu yang hanya ada sedikit ruang – mengambil masa kira-kira 10 saat untuk bergerak dari satu hujung ke hujung lain.
Baca: Cerita Di Sebalik ‘Rumah Paling Sunyi di Dunia’
Veteran tentera yang berkhidmat selama enam tahun dengan Gordon Highlanders itu berharap dapat menghabiskan 60 hari, sekali gus memecah rekod semasa 45 hari yang dicatat Nick Hancock pada Jun dan Julai 2014.
Ketika ini Cam sudah menghabiskan 24 hari tanpa hubungan dengan manusia, melainkan menerusi alat telekomunikasi dibekal operator radio Nobby Styles dan Emil Bergmann untuk empat hari pertama.
Hari-hari Cam berlalu dengan bangun pada setiap pagi, menikmati bubur dan kopi serta memeriksa semua peralatan dibawanya agar selamat.
Bapa dua anak itu juga akan menulis diari, menghantar mesej menerusi kapal yang lalu dan mengambil gambar.
Selain memecah rekod, misi Cam bertujuan untuk mengumpul dana £50,000 (kira-kira RM297,206) bagi Badan Amal Tentera Laut dan Marin Diraja serta Badan Amal Kebajikan Tentera.
Dia yang mempunyai sepasang anak berusia 13 dan 15 tahun, membesar di Buckie, Moray serta menerima latihan sebagai ahli biologi marin dan jurugambar marin di Aberdeen, selain turut mempunyai sijil mengajar.
Rockall ialah pulau kecil granit yang terpencil di bawah United Kingdom sejak 1955.-hmetro
Leave a Reply