Lelaki Duduk Termenung Sebelum Menggantung Diri Di Jambatan Berhampiran Balai Polis Kota Kinabalu

Seorang lelaki ditemui tergantung di jambatan paip besi berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, Kota Kinabalu hari ini.

Mayat lelaki itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kejadian kepada anggota polis yang bertugas di pondok pengawal IPD Kota Kinabalu, jam 9 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian lelaki terbabit dilihat duduk termenung berdekatan lokasi kejadian sambil memegang kain.

ANGGOTA polis, bomba dan kakitangan KKM berada di lokasi bagi menurunkan mangsa yang ditemui tergantung. FOTO Juwan Riduan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki terbabit menggantung diri menggunakan kain yang diikat pada paip besi.

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden itu berlaku,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Habibi berkata, pasukan polis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha menurunkan mangsa dari lokasi berkenaan.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – Harian Metro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply