KWSP: Perincian i-Sinar Menggantikan i-Lestari diumumkan 18 November Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian kemudahan akses ke Akaun 1 ahlinya, yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November ini.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan, hari ini, i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi mendalam bersama pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa, selain memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“KWSP yakin amaun boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April lalu), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka pendek,” kata kenyataan itu.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari tahun depan.

Kredit: Berita Harian

Baca info: Nissan Navara ditemui Bersama Mayat Suspek Yang Sudah Reput

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply