
Biodata
Datuk G. S. Sundang |
|
Also Known As: | “Datuk G.S. Sundang” |
Birthdate: | |
Birthplace: | Kampung Bandukan, Keningau, North Borneo |
Death: | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Place of Burial: | Keningau, North Borneo |
---|---|
Immediate Family: | Husband of Private |
Occupation: | ex-Medical Officer (Sandakan); Road Contractor; ex-District Officer (Tambunan); ex- ADO (Penampang, Tuaran & Papar); ex-Asst. Chief Minister (1965-1967) |
Penentangan G.S. Sundang terhadap Rancangan Pembentukan Malaysia.
1. Tunku Abdul Rahman mengumumkan rancangan Malaysia di Singapura pada 27 Mei 1961, di masa yang sama British sedang merancang menubuhkan persekutan Borneo. Pengumuman rancangan Malaysia ini mengalihkan pandangan penduduk wilayah Broneo daripada rancangan Persekutuan Borneo kepada rancangan Malaysia. Tidak ada penentangan daripada pemimpin-pemimpin Borneo ketika itu.
2. Tetapi situasi ini berubah selepas Tunku membuat lawatan ke Brunei dan di beberapa tempat di Sarawak pada bulan Julai 1961. Kenyataan A.M. Azahari bahawa Tunku akan menjadikan Brunei, Sarawak dan North Borneo sebagai negeri ke 12, 13 dan 14 dalam persekutuan Malaya menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin di wilayah Borneo. United Front (Barisan Bersatu) ditubuhkan. United Front dianggotai oleh Donald Stephens bersama-sama pemimpin dari Sarawak, Ong Kee Hui dan A.M. Azahari dari Brunei.
3. Pada 21 Julai 1961, Donald Stephens bagaimanapun telah mengubah pendiriannya selepas bertemu dengan Lee Kuan Yew ketika menghadiri Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parlimentary Association) di Singapura. Sebagai persediaan kemungkinan Malaysia dibentuk dan pilihanraya kemungkinan akan dijalankan, Donald Stephens menubuhkan parti United National Kadazan Organisation (UNKO) pada bulan Ogos 1961. Sebahagian besar masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut telah menyertai UNKO termasuk G.S. Sundang. G.S. Sundang kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden parti.
4. Tidak lama kemudian, G.S. Sundang keluar dari UNKO dan meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden UNKO, kerana sependapat dengan abangnya OKK Sodomon mengenai keputusan konvensyen UNKO, dan mulai mempersoalkan tindakan Donald Stephens menyokong rancangan Malaysia. Kedua-dua adik-beradik Gunsanad ini telah menubuhkan United National Pasok Momogun Party atau UNPMP pada bulan Januari 1962 di Keningau atas ilham OKK Sodomon ketika mesyuarat Ketua-ketua kaum asli pada 8 September.
5. Pendirian parti UNPMP untuk menentang Malaysia disuarakan ketika mesyuarat pertama UNPMP di Keningau pada bulan Januari 1962. Mesyuarat ini dihadiri oleh lebih kurang 4500 orang (70 peratus daripadanya adalah kaum Murut). UNPMP kemudian ditukar nama kepada United Pasok Momogun Party – UPMP pada bulan Mac 1962. OKK Sedomon dan Sundang bersama-sama Lai En Kong telah mengadakan mesyuarat dan membuka cawangan parti UPMP di Menggatal dan Telipok, serta beberapa buah kampung berdekatan Jesselton dan Ranau.
6. Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan kerajaan Malaya telah membuat kenyataan bersama yang mengumumkan keputusan secara prinsipnya menyokong pembentukan Malaysia yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 (Wong, J 2008). Oleh yang demikian, dalam tempoh enam bulan daripada tarikh 1 Ogos 1962, satu perjanjian rasmi perlu dibuat untuk memindahkan kedaulatan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak daripada kerajaan British 60 kepada persekutuan baru. Pada tarikh itu juga, mesyuarat Inter-Governmental Committee (IGC) ditubuhkan dengan mesyuarat pra-persediaan bermula pada 30 Ogos 1962. Pada tarikh itu juga (1 Ogos 1962), hasil laporan Cobbold dikeluarkan dan dalam laporan tersebut, hanya dua parti iaitu USNO dan UNKO yang benar-benar menyokong pembentukan Malaysia. UPMP yang dianggarkan mempunyai 10,600 ahli telah mengambilpendirian menentang pembentukan Malaysia.
7. UPMP berpandangan penduduk Borneo Utara masih kurang matang untuk menyumbang sesuatu kepada
Malaysia dan mahukan British kekal untuk membangunkan pendidikan dan politik di Borneo Utara sehingga berkerajaan sendiri. Selepas itu, barulah penduduk Borneo Utara membuat keputusan sama ada kekal berkerajaan sendiri atau memilih Malaysia. Persetujuan pembentukan Malaysia oleh kerajaan British dan Malaya telah membawa kepada mesyuarat parti-parti politik di Borneo Utara pada 14 Ogos 1962 bagi memberi pertimbangan terhadap permintaan jaminan dan perlindungan Borneo Utara dalam Malaysia. Bagaimanapun, G.S. Sundang presiden UPMP gagal datang ke mesyuarat tersebut. UPMP telah diwakili oleh OKK Sedomon, adiknya Jaimi Gunsanad, Tsen Kin Sung dan Lai En Kong.
8. Mesyuarat parti-parti politik yang terdiri daripada parti USNO, UNKO, United Party dan UPMP kemudiannya telah menggariskan 14 Perkara jaminan dan perlindungan untuk diserahkan kepada Lord Landsdowne, pengerusi Inter Governmental Committee (IGC). Mesyuarat parti-parti politik yang terdiri daripada parti USNO, UNKO, United Party dan UPMP kemudiannya telah menggariskan 14 Perkara jaminan dan perlindungan untuk diserahkan kepada Lord Landsdowne, pengerusi Inter Governmental Committee (IGC). Perkara-perkara itu meliputi agama, bahasa, perlembagaan, ketua persekutuan, nama persekutuan, imigresen, hak menarik diri, borneosasi, pegawai-pegawai british,kewarganegaraan, cukai dan kewangan, kedudukan istimewa kaum asli, kerajaan negeri dan tempoh peralihan.41 Pada 29 Ogos 1962, 14 perkara itu ditambah 6 lagi perkara menjadikannya 20 perkara.

9. UPMP menghantar OKK Ansim Dulau, OKK Asneh dan Tsen Kin Sung ke mesyuarat kedua pada 29 Ogos
1962. Pemimpin-pemimpin politik Borneo Utara ini kemudiannya memberikan 20 senarai jaminan dan
perlindungan (atau disebut 20 perkara) kepada pengerusi IGC, Lord Landsdowne pada 29 Ogos 1962 untuk dibincangkan dalam mesyuarat cadangan pembentukan perlembagaan atau Inter Governmental Committee (Straits Times 30 Ogos 1962). G.S. Sundang yang tidak hadir dalam kedua-dua mesyuarat parti-parti politik ini telah menghantar memorandum pendiriannya terhadap Malaysia lebih awal kepada Lord Landsdowne pada 15 Ogos 1962. Kenyataan G.S. Sundang yang dihantar kepada Lord Landsdowne, pengerusi mesyuarat Inter-Governmental Committee (IGC) adalah berhubung kait dengan percubaan terakhirnya untuk menghalang pembentukan Malaysia.
10. G.S. Sundang memberitahu Lord Landsdowne bahawa sebelum perjanjian dibuat bagi memindahkan
kedaulatan kepada Malaya, sebarang kegagalan kerajaan Britain untuk memberi jaminan kepada Borneo Utara berkenaan hak-hak negeri dalam rancangan Malaysia akan dibawa oleh UPMP ke pengetahuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. G.S. Sundang juga menyatakan bahawa walaupun kerajaan Britain dan kerajaan Malaya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia, tetapi penafian hak-hak berkerajaan sendiri perlu difikirkan oleh kerajaan Britain kerana ianya adalah tanggungjawab moral mereka dan tidak mematuhi peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

11. G.S. Sundang setuju dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Cobbold, Lord Cobbold bahawa jika rancangan pembentukan Malaysia dibuat dengan tergesa-gesa, bahaya yang sangat besar akan muncul. G.S. Sundang juga memetik kata-kata ahli-ahli suruhanjaya Cobbold bahawa dalam beberapa tahun akan datang, risiko keselamatan akan timbul kesan daripada pemindahan kedaulatan daripada kerajaan British kepada kerajaan Persekutuan Malaya dan Sundang juga berpandangan Malaysia seharusnya dianggap sebagai gabungan dalam bentuk rakan kongsi yang setaraf sepertimana kenyataannya dalam Laporan Cobbold.

12. G.S. Sundang dan UPMP mahukan supaya jika Malaysia diteruskan, UPMP menuntut supaya semasa tempoh transisi, Borneo Utara perlu memperoleh jaminan hak-hak tertentu yang memperlihatkan hak rakan kongsi sepenuhnya. Beberapa bidang kuasa sedia ada juga harus kekal di Borneo Utara. Menurut G.S. Sundang lagi, rancangan Malaysia tidak boleh menyamakan penyertaan negeri-negeri dalam persekutuan Malaya dengan wilayah-wilayah Borneo. Ini kerana penubuhan Persekutuan Malaya dibentuk oleh negeri-negeri yang telah pun bersekutu dan di bawah kawalan Kerajaan Pusat melalui proses integrasi perkhidmatan awam. Sebab itu tidak ada persoalan mana-mana negeri-negeri persekutuan Malaya untuk memperoleh taraf berkerajaan sendiri atau kemerdekaan.
13. Tetapi kedudukan Borneo Utara adalah sama sekali berbeza. Pertama, Borneo Utara bukan didominasi oleh
komuniti Melayu dan terletak jauh dari Kuala Lumpur. Borneo juga mempunyai wilayah kira-kira separuh saiz
jumlah kawasan Persekutuan Malaya. Kedua, sebelum cadangan Malaysia, koloni British Borneo Utara telah
memberi jaminan kepada Borneo Utara untuk memberi taraf berkerajaan sendiri dan akhirnya memperoleh
kemerdekaan. Dari sudut pandangan ini, menyamatarafkan status Borneo Utara dengan Pulau Pinang atau Melaka dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh diterima. Keadaan ini tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat Borneo Utara untuk mengekalkan identiti mereka sebagai rakyat Borneo dan mengawal hal ehwal dalaman mereka. Ketiga, UPMP berpandangan rakyat Borneo Utara tidak pernah berniat untuk menjadi sebahagian daripada Negeri Melayu yang sangat feudal. Pada hemat G.S. Sundang, penyerahan Borneo Utara kepada persekutuan Malaya adalah sebagai pertukaran bagi kerajaan Britain untuk mengekalkan pangkalan Tentera Laut mereka di Singapura.

14. Memorandum G.S. Sundang bagaimanapun tidak menghalang rancangan Malaysia yang sudah dipersetujui untuk ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 oleh kerajaan British dan Malaya. Seperti dijadualkan, pada 12 September 1962, usul pembentukan Malaysia telah dibentangkan dalam Majlis Perundangan Borneo Utara oleh Datu Mustapha Datu Harun. G.S. Sundang menentang usul tersebut khususnya status Borneo Utara yang disamatarafkan dengan Pulau Pinang dan Melaka. Perkara ini tidak boleh diterima kerana keadaan di Borneo Utara tidak sama dengan Malaya. Beliau hanya akan menerima Malaysia jika gabungan tersebut adalah gabungan negeri-negeri yang berkerajaan sendiri. Rakyat tidak akan menerima kehilangan hak berkerajaan sendiri dan jika Borneo Utara tidak mendapat hak tersebut, dia akan membuat rayuan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
15. Pendirian G.S. Sundang disusuli dengan keputusannya menyertai Ong Kee Hui dan A.M. Azahari menyerahkan memorandum bantahan terhadap rancangan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 9 September 1962. Petisyen itu menggesa supaya kesatuan wilayah-wilayah Borneo dibentuk dengan Sultan Brunei sebagai pemerintah yang berperlembagaan. Dalam reaksi PBB, PBB memberitahu akan memberi perhatian kepada petisyen tersebut dan bersedia memberi pengadu peluang untuk membentangkan petisyen tersebut. Bagaimanapun, masa pendengaran di PBB akan ditutup pada 19 September 1962. Kerajaan British dalam telegram tersebut kelihatan berusaha menghalang petisyen ketigatiga pemimpin ini. Ini seperti kenyataan yang berbunyi, ‘If petitioners decide to apply for a hearing to the Fourth Committee, we have time to consider tactics as that committee is unlikely to get down to work before the beginning of October.
16. Petisyen ini akhirnya gagal dibentangkan sebelum 19 September 1962 dan pada 27 Oktober 1962, G.S. Sundang telah menulis surat kepada Setiausaha Agung PBB untuk menarik petisyennya. Pada hujung bulan September 1962, G.S. Sundang membuat kenyataan tidak lagi menentang Malaysia tetapi berkeras meminta autonomi penuh semua hal ehwal dalaman dan kewangan Borneo Utara, kecuali hal ehwal luar negeri dan pertahanan. G.S. Sundang menyatakan bahawa jika perkara ini gagal dicapai, rancangan Malaysia mungkin hanya pemindahan kedaulatan Borneo Utara dari satu kuasa ke kuasa penjajah yang lain.
17. Bagi memastikan hak-hak Borneo Utara terus terpelihara juga, G.S. Sundang membuat ikhtiar untuk membuat upacara ritual melalui ‘perjanjian ritual’ yang dinyatakan dalam batu sumpah di Keningau. Upacara ini bagi meredakan kebimbangan dalam kalangan ketua-ketua tradisional kaum asli (Orang Kaya-kaya) di Borneo Utara terhadap hak-hak negeri dalam persekutuan yang baru. Batu Sumpah yang dikenali sebagai Batu Sumpah Keningau dan ditulis dalam bahasa Melayu ejaan lama, menyatakan:
Batu Sumpah Peringatan Mengikut Parlambaga’an.
1. Ugama bebas dalam Sabah.
2. Tanah-tanah dalam Sabah di-kuasa oleh Kerajaan Sabah.
3. ‘Adat resam anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh kerajaan.

Sebalek pula rayat-rayat Sabah di interior bersumpah ta’at setia kapada kerajaan Malaysia.’
18. Sebagai tanda persetujuannya terhadap Malaysia, G.S. Sundang juga telah menyertai delegasi Borneo Utara ke London untuk menandatangani perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963. Turut bersama G.S. Sundang adalah Ketua Setiausaha Borneo Utara, Noel Turner, Setiausaha Kerajaan, Stephen Holley, Peguam Negara, Ken Jones, Donald Stephens, Datu Mustapha dan Khoo Siak Chiew. Selepas perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan diisytiharkan pada 16 September 1963, G.S. Sundang kekal dalam jawatannya sebagaiMenteri Kesihatan. Pada tahun 1965, ekoran krisis yang berlaku dalam Parti Perikatan Sabah, G.S. Sundang dilantik sebagai Timbalan Ketua
Menteri Sabah, pemimpin tertinggi dalam kalangan masyarakat Dusun pada masa itu. Bagaimanapun, G.S.
Sundang sehingga persaraan dari politik, masih tidak gembira dengan cara Malaysia dibentuk. Pada 12 Disember 1961,G.S. Sundang pernah mengejutkan ahli Majlis Perundangan dan pegawai-pegawai British ketika berucap dalam Majlis Undangan Borneo Utara. Dalam ucapannya beliau telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara Malaysia diperkenalkan di Borneo Utara. Ucapan beliau yang disediakan oleh Cik Helen Chung menyatakan bahawa cara mempengaruhi penduduk Borneo Utara menerima Malaysia tidak betul.
Krdit sumber:
- Summary by Dusunology 27 Ogos 2019 (original text, 2015)
- Sumber artikel dipetik dari : THE ANTI-MALAYSIA MOVEMENT OF THE GUNSANAD BROTHERS IN NORTH BORNEO, 1961-1963 by Saimin Ginsari and Joseph M. Fernando (Vol. 30, No. 1, June 2015, pp. 55-69).
- www.geni.com
Artikel berkaitan:Datuk Ellron Angin Menteri Belia dan Sukan Sabah – Bekas Pelari Pecut Negara
Leave a Reply