Khasiat Pokok, Daun dan Buah BIDARA (Pohon dilangit Ketujuh)

Memertabatkan Pokok Bidara Dengan Fakta Saintifik Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW serta ahli keluarganya. Khasiat Pokok, Daun dan Buah BIDARA (Pohon dilangit Ketujuh)
Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba’ ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28
Rahsia Khasiat Daun Bidara Yang Ramai Orang Tak Tahu, Patutlah Dalam Perubatan Islam Digunakan Untuk Halau Jin - Kartel Dakwah
Sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya. Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.
Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi’raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.
Daun Bidara berduri Fresh / kampung | Shopee Malaysia
Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas, terdapat juga hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :
“Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka.”
(Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani) dan “Hadith ini diriwayatkan secara ringkas
Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka.”
(Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr)
Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya.
Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.
Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab zizouf. Kajian saya lebih kepada Ziziphus mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia.
YosriPokokBidara.jpg
Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan mahkota yang dinamakan Crown of thorns yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini. Kandungan (Chemical constituents)
Hasil Kajian dari Jodhpur National University Antioksidan – flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi) Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL) Carotene Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.
Sifat-sifat perubatan Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol. Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini. Anti radang (Anti-inflammatory) Applikasi Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah (sila lihat hadith di atas). Rawatan mandian untuk masalah gangguan makhluk halus. Mandi haid Rawatan perubatan untuk beberapa masalah dan penyakit terutamanya hati, perut dan paru-paru.
Kegunaan Daun – penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid. Buah – masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. Biji – loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.
Bunga – losyen untuk mata . Kulit – cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis). Akar – gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan. Wallahua’lam bisowwab. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat untuk rawatan sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan perawat profesional untuk diagnosis dan rawatan.
Maklumat secara terperinci ini adalah tulisan kawan saya NIZAM HERBALIST.
Saya cuma ingin menambah sedikit daun biadara ini digunakan semasa memandikan jenazah diSeremban ia dipanggil air sembilan.Jenazah yg telah keras anggotanya apabila disiram dgn air daun bidara ini akan menjadi lembut.
Perubatan Islam ianya digunakan utk memandikan pesakit yg mengalami gangguan jin.-sumber
About admin 1190 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply