
Pada zaman ini, memiliki kenderaan bukan satu perkara yang susah seperti zaman tok nenek kita dahulu. Hampir semua rumah akan memiliki sebuah kereta untuk memudahkan urusan kehidupan seharian. Setiap kereta ini pula akan mempunyai ragam bergantung kepada kondisi semasa dibeli sama ada kereta baharu atau pun jenis terpakai.
Masalah yang sering berlaku bagi kereta terpakai ialah susah untuk dihidupkan atau tidak boleh dihidupkan langsung. Ini boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa menunjukkan tanda-tanda nak rosak atau kadang-kadang bagi mereka yang berpengetahuan tentang enjin kereta akan tahu masalah yang bakal berlaku.
Ketahui 8 punca kereta tidak boleh start engin tak nak hidup ni:
1. Bateri Kong /Lemah
Perkara utama kenapa enjin kereta kita tak boleh hidup ialah sebab bateri kong atau lemah. Jadi, bila enjin kereta anda tidak hidup cek bateri terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman admin, bateri sel basah yang dijual biasanya mampu bertahan sehingga 3 tahun dan perlu penjagaan air bateri supaya sentiasa cukup manakala bateri sel kering pula mampu bertahan sehingga setahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta.
2. Alternator Rosak
Alternator yang bermasalah tidak mampu untuk mengecas semula bateri anda ketika kereta sedang bergerak. Pastikan anda mendapat nasihat pakar untuk mengetahui punca sebenar. Bateri baru kalau alternator rosak tidak menyelesaikan masalah kereta anda yang susah nak hidup.
3. Starter Rosak
Sekiranya bateri kereta anda masih lagi membekalkan voltan yang mencukupi, kemungkinan besar masalah enjin tak boleh dihidupkan ini berpunca dari kerosakan starter motor.
Kebanyakan mekanik akan mengetuk starter motor ini sambil memutar kunci kereta untuk menghidupkan enjin. Kadang-kala dengan cara ini enjin dapat dihidupkan sekiranya starter motor belum lagi 100% rosak. Akan tetapi, anda perlu terus ke bengkel untuk menggantikan terus komponen ini. Jangan bertangguh kerana belum tentu lagi enjin kereta anda dapat dihidupkan untuk kali kedua.
4. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak
Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk start dan kereta anda akan semput atau time nak tekan minyak kereta macam semput-semput. Susah nak hidup lepas tu bunyi crank atau dah hidup semput-semput, tak pun lampu semua menyala cuma enjin tak hidup. Ini mungkin kerana palam pencucuh rosak jadi palam pencucuh ini dia lambat nak hasilkan percikan api. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru. Biasanya kereta standard 4 silinder memang akan pakai 4 spark plug, so jangan buat2 terkejut. kang kena ketuk pulak dengan pomen. Kalau anda bawak kereta Toyota Aplhard yang V6 memang kena pakai 6 spark plug.
5. Penapis Minyak Tersumbat
Pergerakan enjin memerlukan hasil pembakaran minyak dan udara, jika minyak tidak sampai ke dalam enjin maka mekanisma pergerakan enjin tidak akan berlaku dan ini menjadi salah satu punca kereta anda tidak boleh hidup. Anda perlu melakukan pemeriksaan penapis minyak sewantu anda membuat pemeriksaan berkala kereta anda.
6. Crank sensor pada enjin yang telah rosak
Crank sensor adalah komponen elektronik pada bahagian enjin yang membantu dalam proses menghidupkan nyalaan untuk memulakan proses pembakaran. Fungsi crank sensor ini berfungsi sebagai penyelarasan enjin 4 lejang yang mana ia akan menghantar isyarat pada sistem untuk menentukan masa penyemburan bahan api di dalam ruang pembakaran.
Jadi, kegagalan pada sensor untuk menghantar isyarat dengan tepat boleh menyebabkan proses permulaan pembakaran enjin menjadi gagal. Sebab itu enjin kereta anda mengalami kesukaran untuk dihidupkan.
7. ECU yang tidak berfungsi dengan baik
Engine Control Unit (ECU) disifatkan sebagai komputer pada kereta anda yang mana kebanyakan aktiviti komponen elektronik dikawal oleh software yang telah dipasangkan. Umpamanya seperti otak pada kereta anda yang berfungsi sabagai pusat mengawal aktiviti-aktiviti komponen elektronik sehinggakan kereta anda mampu untuk meluncur laju di lebuh raya.
Sekiranya terdapat masalah pada ECU yang melibatkan proses pembakaran enjin, inilah salah satu dari punca kereta tak boleh start.
8. Gear LEVER pada ‘D’
Memang bunyi punca ni macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan Gear lever berada selain dari ‘P’. Please jangan gelabah dan tukar gear lever anda kepada ‘P’ dan semua akan kembali normal.
Semoga bermanfaat.
Kredit: carput.my & jvalube.com
Leave a Reply