Kasut Terpakai Michael Jordan Dilelong RM6.23 Juta

Kasut Terpakai Michael Jordan Dilelong RM6.23 Juta

Kasut Terpakai Michael Jordan Dilelong RM6.23 Juta

Sepasang kasut sneaker yang pernah dipakai oleh bekas bintang bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan ketika zaman awal dia bermain dalam sukan itu dilelong pada harga hampir AS$1.5 juta (RM6.23 juta) pada Ahad.

Menurut firma lelongan Sotheby’s, harga yang dibida iaitu AS$1,472,000 (RM6,110,272) di Las Vegas, AS telah mencatatkan rekod untuk lelongan kasut yang dipakai untuk sesuatu pertandingan sukan.

Baca: 10 Fakta Menarik Sukan Ping Pong Ramai Tak Tahu

Kasut Nike Air Ships itu dipakai oleh Jordan pada perlawanan kelimanya bersama kelab Chicago Bulls pada tahun 1980-an dan ia kemudian menjadi sensasi di dalam mahupun di luar gelanggang bola keranjang.

Harga itu juga mengatasi rekod yang dipegang sepasang kasut Nike Air Jordan yang dilelong pada harga AS$615,000 (RM2,552,865) pada Ogos 2020.

Ketika itu, ia dilelong oleh firma Christie’s.

Jordan memakai kasut tersebut pada tahun 1984 dan 1985, bagaimanapun kasut jenama sama telah diubah suai pada tahun 1986.-SH

Who Is Michael Jordan?

Michael Jordan is a former professional American basketball player, Olympic athlete, businessperson and actor. Considered one of the best basketball players ever, he dominated the sport from the mid-1980s to the late 1990s.

Jordan led the Chicago Bulls to six National Basketball Association championships and earned the NBA’s Most Valuable Player Award five times. With five regular-season MVPs and three All-Star MVPs, Jordan became the most decorated player in the NBA.

About admin 980 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply