Persoal Gaji Tertunggak, Kapten Sabah FC Dan Pemain Tengah Digugur

Persoal Gaji Tertunggak, Kapten Sabah FC Dan Pemain Tengah Digugur

Kapten Sabah FC iaitu ketua pasukan Rawilson Batuil dan pemain tengah Mohd Azzizan Nordin, dipercayai tidak bersama-sama pasukan yang berlepas ke Pulau Pinang semalam kerana membangkitkan isu gaji tertunggak.

Dua tonggak utama Sabah Football Club (FC) dipercayai digugur dari senarai pasukan bagi menghadapi Penang FC dalam saingan Liga Super di Pulau Pinang, Ahad ini.

Baca: 10 Fakta Menarik Sukan Ping Pong Ramai Tak Tahu

Sumber dalaman berkata, kapten Sabah FC Rawilson dan Azzizan antara pemain yang bersuara mengenai gaji yang sebelum ini tertunggak dua bulan.

“Memang betul mereka (Rawilson dan Azzizan) ditinggalkan. Ia ada kaitan dengan isu gaji tertunggak sebelum ini.”

“Mereka juga antara yang bersuara mengenainya (isu gaji) sehingga sesi latihan pasukan dibatalkan semalam,” katanya kepada Arena Metro.

Pemain-pemain Sabah FC boikot latihan, akibat isu tunggakan gaji
Pemain-pemain Sabah FC boikot latihan, akibat isu tunggakan gaji

Sumber itu turut berkata, gaji pemain yang tertunggak itu dibayar, namun untuk sebulan sahaja.

“Baru sebulan (gaji yang tertunggak) dibayar, sebulan lagi belum masuk,” katanya.

Ketiadaan dua pemain utama itu bersama pemain berpengalaman Maffry Balang dalam senarai Sabah FC ke Pulau Pinang menjadi tular di media sosial hari ini.

Beberapa Facebook kelab penyokong pasukan itu mendakwa tiga pemain terbabit diketepikan pihak pengurusan kerana ‘bersuara’ mengenai gaji.

Terdahulu semalam, sesi latihan Sabah FC terbatal dipercayai ada kaitan dengan isu gaji pemain yang dikatakan tertunggak dua bulan.

Sumber dalam pasukan berkata, latihan sepatutnya bermula jam 4 petang, namun selepas perbincangan hangat di kalangan pemain dan barisan kejurulatihan, sesi berkenaan kemudian dibatalkan.

Ahli politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club (FC), Khairul Firdaus Akbar dalam satu kenyataan mengaku terdapat kelewatan pembayaran gaji.

Pemimpin PPBM yang dilantik CEO Sabah FC
Pemimpin PPBM yang dilantik CEO Sabah FC

“Memang diakui berlakunya beberapa kelewatan pembayaran gaji, namun ianya tidak pernah tertunggak lebih dari satu bulan.”

Dengan tindakan yang diambil terhadap Rawilson dan Azzizan, ia sekadar mengiakan apa yang diviralkan sememangnya betul.

Benarlah kata pepatah, “bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru”.-inisabah.com

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply