Kapal Karam Dihempas Ombak Di Selat Melaka 11 Kru Hilang

Kapal Karam Dihempas Ombak Di Selat Melaka 11 Kru Hilang

Kapal Karam Dihempas Ombak Di Selat Melaka 11 Kru Hilang

Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.

Ketua agensi penyelamat Pekanbaru Budi Cahyadi berkata kapal KM Lintang Timur Samudera sedang dalam perjalanan dari Tanjung Balai Asahan menuju ke Malaysia.

“Kapal itu mengalami kebocoran akibat dihempas ombak besar di lokasi ‘one fathom bank’ di perairan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya bekerjasama dengan agensi penyelamat Medan, Vessel Traffic Service (VTS) Dumai dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya, Malaysia.

Lokasi terakhir kapal itu pada koordinat 02°56′ 740″N, 100° 52′ 692″ E di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif.

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply