Kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19, Sidang Dipendekkan

Beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19 pada hari pertama sidang dewan rakyat kelmarin.

Susulan dengan itu sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya berakhir pada jam 5 petang – dicadang agar dipendekkan hingga jam 1 petang saja pada minggu ini.

Cadangan itu juga diusulkan selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan risiko amat tinggi jika persidangan berlangsung dalam tempoh lama.

Bagaimanapun, Takiyuddin tidak memperincikan berapa jumlah Dewan Negara yang disahkan dijangkiti wabak itu.

Beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19 dan dijangkakan ada ahli Dewan Negara yang mungkin positif kerana pegawai tersebut telah berhubung dengan ahli Dewan Negara dan keluarga.

Usul penangguhan itu diluluskan setelah pertanyaan daripada anggota parlimen PH meminta penjelasan lebih lanjut mengenai berapa lama sidang parlimen itu akan dipendekkan, langkah untuk mengadakan sesi parlimen secara maya dan tempoh waktu yang diperlukan bagi menggantikan sidang yang terpaksa disingkat itu.

Sejurus usul itu diluluskan, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bangun mencelah dan meminta masa untuk ketua parti berunding dengan cadangan parti itu.

Kredit: Malaysiakini

Baca info: Dua lelaki Menyamar Penghantar Makanan Rupanya Dadah

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply