Kadar Vaksinasi Meningkat, Kes Covid-19 Capai 1 Juta Di Thailand

Kadar Vaksinasi Meningkat, Kes Covid-19 Capai 1 Juta Di Thailand

Kadar Vaksinasi Meningkat, Kes Covid-19 Capai 1 Juta Di Thailand

Jumlah kes Covid-19 di Thailand sudah melepasi angka satu juta pada Jumaat ketika negara ini berusaha meningkatkan kadar vaksinasi untuk membendung peningkatan kes baharu akibat penularan varian Delta.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 19,851 kes baharu dan 240 kematian menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,009,710 dan 8,826 orang meninggal dunia sejak virus itu mula dikesan Januari tahun lalu.

Baca: Pilihan Raya Mengejut 20 September Ini Cari Mandat Tangani Covid-19

Thailand, negara pertama di luar China yang mencatat kes Covid-19, pada awalnya mencatatkan jumlah kes yang agak rendah, dengan hanya lebih 4,000 kes dan 60 kematian sebelum gelombang kedua berlaku pada Disember tahun lalu dan gelombang ketiga April tahun ini.

Pada April, sejumlah 980,847 kes dan 8,732 kematian telah dilaporkan, awalnya disebabkan varian Alpha dan kini varian Delta.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kes baharu itu termasuk 325 banduan.

Kadar Vaksinasi Meningkat, Kes Covid-19 Capai 1 Juta Di Thailand

“Sebanyak 10 kes import telah dilaporkan termasuk dua warga tempatan yang kembali dari Malaysia,” katanya.

Tambah beliau bagi kes kematian baharu ia melibatkan 12 lelaki dan 111 wanita berusia antara tujuh bulan hingga 93 tahun, termasuk lima warga Myanmar dan seorang rakyat China.

“Data menunjukkan sejak 25 Julai hingga 19 Ogos tahun ini, sejumlah 4,656 kematian telah dilaporkan dengan 63.8 peratus mangsa tidak divaksinasi,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini hari ini.-SH

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply