Jururawat Pengsan Selepas Disuntik Vaksin COVID-19

Seorang Jururawat Pengsan Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 ketika sedang ditemubual di hadapan kamera selepas menerima suntikan vaksin Pfizer bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Tifanny Dover, Ketua Jururawat di Hospital Chattanooga yang terletak di Tennesse, Amerika Syarikat ketika itu sedang bercakap dalam satu sidang media.

“Semua petugas saya, sangat teruja untuk menerima vaksin. Kami dari unit Covid, oleh itu pasukan saya yang pertama mendapat peluang untuk menerima vaksin itu.
Pengsan selepas disuntik vaksin
Ketika sedang berinteraksi dengan wartawan, Tiffany Dover dilihat mula merasa tidak selesa dan berkata:
“Maaf, saya rasa pening,” sebelum dia kemudian dilihat jatuh pengsan di hadapan kamera dan seterusnya petugas perubatan muncul memberi bantuan.
(Jururawat Pengsan Selepas Disuntik Vaksin COVID-19)
Dover kemudiannya dilaporkan tersedar kembali, dan menjelaskan bahawa dia akan merasa pening apabila kesakitan.
“Ia tiba-tiba dan mengejutkan saya, saya rasa baik sekarang, ia perkara yang biasa kepada saya,” katanya.
Pengarah hospital unit rawatan rapi hospital tersebut berkata reaksi seperti ini sering berlaku dalam sebarang proses suntikan vaksin,
dan kejadian itu tiada kena mengena dengan kualiti vaksin berkenaan.
Dover disuntuk vaksin
Difahamkan Dover sebelum itu telah menerima suntikan vaksin Pfizer di hospital berkenaan sebelum ditemubual secara langsung oleh stesen telivisyen News Channel 9.
Kira-kira 17 minit selepas menerima suntikan dia mula merasa pening, dan dilihat memegang kepala dan beredar sebelum jatuh pengsan.
About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply