Jual Pangsapuri Kepada Anjing Sendiri

Jual Pangsapuri Kepada Anjing Sendiri

Jual Pangsapuri Kepada Anjing Sendiri

Polis Iran menahan ketua sebuah agensi hartanah selepas tular video menunjukkan firmanya ‘menjual’ sebuah pangsapuri kepada seekor anjing, kata jurucakap pada Ahad.

Menerusi rakaman video yang tersebar luas pada hujung minggu, suami isteri warga Iran dilihat menandatangani kontrak pemindahan hak milik pangsapuri mereka kepada anjing berbulu putih itu.

Dalam video sama, kelihatan haiwan bernama Chester meletakkan kakinya pada pad dakwat dengan bantuan seorang wanita sebelum kontrak perjanjian itu dicap.

Baca: Manusia Anjing Bernama Toco

“Pasangan itu tidak mempunyai waris dan mahu menjual pangsapuri itu kepada anjing mereka,” katanya.

Tiada undang-undang yang melarang pemilikan anjing di Iran, tetapi haiwan itu dianggap najis di kebanyakan negara Islam.

Bagaimanapun, ulama konservatif menasihatkan supaya umat Islam tidak menyimpan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Pada Ahad, agensi berita Isna melaporkan bahawa polis menjalankan siasatan susulan video tular itu.

‘”Polis menahan ketua agensi hartanah dan menutup firma itu pada Sabtu,” kata laman web badan kehakiman Mizan Online, memetik timbalan pendakwa raya, Reza Tabar.

Menurut Reza, ‘penjualan’ itu bertujuan untuk menormalkan pelanggaran nilai moral masyarakat, dan ia tiada asas undang-undang.

Mizan Online melaporkan, broker yang ditahan belum dikenal pasti.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai rakyat Iran terutamanya dalam kalangan kelas atasan dan pertengahan mengikut trend menjadikan anjing serta kucing sebagai haiwan peliharaan.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply