Indonesia Rancang Sekat Telefon Termasuk iPhone

Indonesia Rancang Sekat Telefon Termasuk iPhone

Indonesia Rancang Sekat Telefon Termasuk iPhone

Polis Indonesia merancang untuk menyekat sejumlah 191,000 telefon bimbit, dengan majoritinya jenama iPhone, berikutan ketidakpatuhan terhadap peraturan Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) negara itu.

Langkah itu dibuat ketika Bahagian Jenayah Siber berusaha menangani isu kerugian hasil negeri, dianggarkan 350 bilion rupiah (RM105 juta), akibat pengelakan duti import.

Baca: Anak Ketagih Permainan Mudah Alih RM290000 Lesap

“Kami sedang mengenal pasti pendekatan terbaik supaya orang ramai tidak panik, dan menjaga kepentingan mereka sebagai pengguna,” kata ketua bahagian Brigedier Jeneral Adi Vivid Agustiadi Bachtiar dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, agensi penyiasatan jenayah polis Indonesia menemui contoh akses haram ke pangkalan data Daftar Identiti Peralatan Berpusat (CEIR) Kementerian Perindustrian.

Hasil siasatan, enam individu ditahan termasuk empat pengedar telefon, seorang pegawai kementerian dan seorang pegawai kastam.

Mereka didakwa melanggar Undang-undang Maklumat dan Transaksi Elektronik kerana mendaftarkan IMEI secara haram dalam pangkalan data antara 10 Oktober dan 20 Oktober 2022.

Penemuan lanjut mendedahkan bahawa suspek telah menerima pembayaran melalui akaun bank untuk menyahsekat IMEI secara haram bagi pihak kementerian. Siasatan itu membabitkan soal siasat sekurang-kurangnya 15 saksi dan empat pakar.

Polis memulakan siasatan ini pada Februari awal tahun ini selepas Kementerian Perindustrian melaporkan percubaan akses tanpa kebenaran kepada CEIR.

IMEI ialah nombor pengenalan unik 15 digit yang terdapat pada peranti mudah alih di seluruh dunia, berfungsi sebagai cap jari digital untuk membezakan satu peranti daripada peranti lain.

Sejak 18 April 2020, kerajaan Indonesia telah mewajibkan pengguna, pengimport dan pengedar mendaftar IMEI dalam usaha mengawal peredaran telefon bimbit yang diimport secara haram.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply