India Negara Pertama Sampai Di Kutub Selatan Bulan

India Negara Pertama Sampai Di Kutub Selatan Bulan

India Negara Pertama Sampai Di Kutub Selatan Bulan

India hari ini menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar”, atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.

“Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan,” Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply