Janin Ikan Yu Mirip Wajah Manusia Ditemui Dua Nelayan

Janin Ikan Yu Mirip Wajah Manusia Ditemui Dua Nelayan

Penemuan janin ikan yu didakwa mirip wajah manusia menggemparkan nelayan di daerah Rote Ndao, Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini.

Gambar janin itu kemudiannya tular di laman sosial Indonesia kerana keanehan spesis berkenaan, lapor portal Kompas.com.

Menurut Pusat Konservasi Sumber Daya Alam Indonesia, janin ikan yu itu dari jenis spesis yu sirip hitam.

Menurut pusat itu lagi, janin yang ditemui itu sudah diawet selepas ditemui oleh dua nelayan, iaitu masing masing bernama Hasan Hanasin dan Abdullah Ferroh, pada 21 Februari lalu.

JANIN berkenaan. FOTO Agensi

Baca: Remaja Beri Alasan Diculik Lelaki Bertopeng Elak Pergi Kerja

Ketika menarik pukat di tepi laut, nelayan berkenaan mendapati dua ikan yu terperangkap di dalam jaring pukat.

Sebaik dibawa ke pantai untuk dipotong, mereka mendapati seekor daripada ikan yu itu bunting.

Namun, janin yang ditemui di dalam perut ikan itu berbeza sehingga menimbulkan rasa ketakutan lalu dibuang oleh nelayan terbabit.

Ketua Perhubungan Awam Polis Rote Ndao, Aiptu Anam Nurcahyo berkata, rakan nelayan seorang lagi itu bagaimanapun mengambil semula janin ikan yu itu lalu diawet untuk disimpan.

“Bentuk wajah janin itu berbeza sehingga menimbulkan ketakutan lalu dibuang nelayan,” katanya.

Bagi Ketua Konservasi Perairan Nasional Kupang, Imam Fauzi, bentuk wajah janin yang ditemui itu normal dan akan berubah seiring peningkatan usia ikan berkenaan.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply