Habiskan RM81,625 Jadi “Barbie”, Sedih Tiada Girlfriend

Seorang lelaki telah menghabiskan 15,000 pound (RM81,625) untuk “kelihatan seperti Barbie” melalui pembedahan pastik.

Lelaki yang bernama Honza Simsa itu suka memakai pakaian lelaki ketika bekerja dan tertarik kepada wanita, tetapi lebih suka tampil feminin dengan bulu mata palsu, kasut tumit tinggi dan rambut palsu.

Pemuda berusia 26 tahun itu mengatakan bahawa “ketagihan pembedahan” boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan cintanya.

Bagaimanapun, kerana obses mahu tampil seperti Barbie wajahnya kini mempunyai 90ml cecair pada yang disuntik ke bibir, pipi dan dagu setiap bulan.

Pakar teknologi itu berkata, meskipun dia gemar tampil feminin tetapi dari segi dalaman masih seorang lelaki dan lebih terangsang menjalin hubungan dengan wanita.

“Saya mungkin berpakaian dan kelihatan seperti ini, tetapi saya masih seorang lelaki…”

“Saya tertarik dengan wanita, tetapi segelintir mempunyai masalah dengan penampilan saya kerana boleh mengelirukan mereka. Saya masih bujang sekarang…”

“Saya suka gadis-gadis yang saya temui mempunyai penampilan yang sama, penampilan boneka Barbie plastik.

“Saya masih menyukai diri saya ketika saya kelihatan lebih maskulin, tetapi saya lebih gembira sekarang dan masih mahu melakukan lebih banyak pembedahan…”

Meminati bintang media sosial seperti Candy Charms yang kerap berkongsi gambar dada di Instagram. Honza mengambil masa bertahun lamanya sebelum mengubah penampilannya.

“Pada masa itu, saya kelihatan dan berpakaian seperti lelaki, tetapi saya selalu membayangkan apa yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan wajah yang lebih feminin…”

Honza yang telah berkongsi kisah transformasinya di Instagram sekarang mempunyai lebih 5,000 pengikut yang menyukai gambar dan video dimuat naik.

Dia turut melancarkan jenama sendiri ‘Oye Your Space’yang mengkhususkan produk bulu mata palsu dan pakaian gaya Barbie.

Sumber: Daily Mirror

Kredit: OhMyMedia

Info menarik:

Suntingan Foto Yang Gagal Umpama Gambar Palsu

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply