Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
Ia selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 13 November, dengan sebulat suara meluluskan rang undang-undang untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri 1980.
Enakmen (Saraan) Anggota Anggota Pentadbiran dan Ahli Ahli Dewan Negeri 1980 (pindaan 2020) dalam empat fasa itu turut membabitkan penyelarasan dan kenaikan saraan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Speakerd dan Timbalan Speaker.
Pembentangan dibuat oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong oleh Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau juga ada menyebut penyelarasan itu bermula Januari tahun ini.
Ini bermakna, Ahli Mesyuarat Kerajaan dan Adun bakal memperolehi kenaikan gaji sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan (exco) Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta kenaikan gaji sebagai ADUN dengan dibayar bermula Januari hingga Oktober ini.
Kredit: infonegarakini.com
Baca info: Pakar Ekonomi: Gaji CEO GLC Cecah RM1 juta Sebulan, Wajar dipotong
Leave a Reply