
Seorang wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang memberi alasan hanya makan sate dalam Toyota Vios yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, Kulim, malam tadi.
Alasan itu tidak diterima anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan rondaan di kawasan itu lebih dua jam sebelum pasangan itu dicekup jam 10.40 malam.
Anggota PADK melakukan rondaan dan ternampak kereta diparkir di kawasan gelap di situ.
Rondaan itu dilakukan berdasarkan maklumat awam yang diterima memaklumkan pasangan itu sering dilihat berdua-duaan di dalam kereta.
Kehadiran penguat kuasa PADK menyebabkan pasangan itu terkejut selain pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap seluruh kenderaan itu dipasang pelindung cahaya.
Kegagalan pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal di daerah ini berusia 52 tahun dan berstatus suami orang mempunyai tiga anak dan bekerja di sebuah syarikat utiliti di daerah ini.
Wanita yang berusia 26 tahun berasal dari Kulim pula baru bekerja di syarikat sama pada Februari lalu dan masih belum berkahwin.
Bagaimanapun, pasangan itu memberi alasan tidak buat apa-apa cuma makan sate ketika berdua-duaan dalam kereta berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Kredit: Harian Metro
Baca info: Kerajaan Tanggung Hutang, Liabiliti RM1.257 Trilion
Leave a Reply