
Seorang pembantu rumah di Dubai, mendakwa tidak sedar diperkosa majikannya akibat terlalu nyenyak tidur di dalam biliknya.
Mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Angola tersebut hanya menyedari apa yang berlaku selepas terjaga daripada tidur.
Ketika sedar dari ridur, wanita itu mendakwa dia melihat majikannya yang juga lelaki Pakistan berada di dalam biliknya dan sudah tidak berpakaian.
Kejadian itu berlaku pada Ogos lalu ketika mangsa sedang tidur di dalam biliknya tanpa mengunci pintu bilik, yang memberi peluang kepada suspek yang berusia 36 tahun mengambil kesempatan masuk ke bilik mangsa sebelum memperkosanya.
Mangsa mengaku tidak sedar apa yang berlaku kerana ‘tidur mati’. Sebaik sedar dia melihat majikannya berada di sebelahnya tanpa seurat benang sebelum memintanya keluar dari bilik.
Kejadian itu telah dilaporkan kepada Balai Polis berdekatan.
Kredit: Harian Metro
The amazing