Curi Syiling Emas RM8.19 Juta

Curi Syiling Emas RM8.19 Juta

Curi Syiling Emas RM8.19 Juta

Empat orang ditahan di Jerman atas dakwaan mencuri syiling emas Celtic bernilai kira-kira 1.6 juta euro (kira-kira RM8.19 juta).

Tangkapan terhadap suspek dibuat semasa operasi mencari di negeri utara Mecklenburg-Pomerania Barat, Selasa lalu.

Ratusan syiling itu dicuri dari sebuah muzium di Manching, Bavaria, pada November tahun lalu.

Kebanyakan syiling itu berusia sekitar abad pertama sebelum masihi.

Polis Bavaria, Ludwig Waldinger berkata, kes itu masih disiasat dan wujud bukti kukuh untuk mendakwa suspek.

“Misi diteruskan. Kami sedang mencari hartanah di beberapa negeri persekutuan,” katanya kepada akhbar Bild.

Butiran lanjut termasuk sama ada sebahagian daripada syiling itu dipulihara dijangka dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Menteri Dalam Negeri Bavaria, Joachim Herrmann berkata, suspek adalah pencuri profesional.

Syiling itu yang dipamerkan di muzium sejak 2006, ditemukan semasa penggalian arkeologi di Manching, pada 1999.

Khazanah itu dianggap sebagai penemuan terbesar emas Celtic pada abad ke-20.

Pada masa kecurian, polis mengesyaki mereka yang terbabit mensabotaj sistem penggera muzium sebelum memecah masuk dan memotong kabel internet.

Direkodkan, rompakan itu mungkin berlaku kurang 10 minit.

Pihak berkuasa menyiasat sama ada kecurian itu membabitkan jenayah terancang dan atau boleh dikaitkan dengan satu kejadian serupa.

Sebelum ini, pada 2017, syiling emas besar seberat 100 kilogram dicuri dari sebuah muzium di Berlin.

Dua tahun kemudian, pencuri mengambil 21 barang kemas dan barang berharga lain dalam rompakan berlian yang dramatik di muzium Dresden’s Green Vault.

Aksi perompak itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply