
Seorang wanita yang disahkan positif COVID-19 (ujian awal) ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu pada jam 9.15 malam tadi.
Warga tempatan berusia 63 tahun tersebut dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.
Insiden itu telah dilaporkan dan disahkan oleh Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji pada 9.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19.
Katanya, selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dibenarkan keluar dari HQE I, hari ini.
“Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.
“Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan.
Sumber: MyMetro
Artikel menarik:
Dua Wanita Islam ditikam di Paris
Curi Beg di Petron Tawau
Tiket AirAsia Dibatalkan? Ini Pilihan Anda
Suntingan Foto Yang Gagal Umpama Gambar Palsu
Leave a Reply