Doktor Gigi Palsu Ceroboh Klinik, Cabut 13 Gigi Pesakit

Doktor Gigi Palsu Ceroboh Klinik, Cabut 13 Gigi Pesakit

Doktor Gigi Palsu Ceroboh Klinik, Cabut 13 Gigi Pesakit

Seorang wanita menceroboh sebuah klinik pergigian sebelum mencabut 13 gigi seorang pesakit.

Laurel Eich yang tidak memiliki lesen doktor bertauliah berbuat demikian kepada mangsa selepas memberikan ubat bius tamat tempoh kepada pesakit berkenaan.

Wanita berusia 42 tahun itu hanya pernah bekerja sebagai pembantu doktor gigi di klinik itu kemudian didakwa melarikan AS$23,000 (kira-kira RM96,900).

Difahamkan, dia memasuki klinik itu menerusi tingkap yang dipecahkan.

Baca: Gigi Patah Langgar Babi

Dia yang ditahan Rabu lalu memaklumkan polis dia memecah masuk premis itu dan melarikan wang tunai dan cek yang disimpan di dalam laci klinik berkenaan yang terletak di Sun Valley Boulevard.

Wanita itu juga didakwa melakukan beberapa jenayah sama sebelum itu, dedah pejabat polis Nevada.

Pejabat polis Washoe Country berkata, suspek dituduh atas dua kesalahan mencuri, cubaan curi dan melakukan pembedahan tanpa lesen perubatan.

Eich dituduh mencabut gigi individu terbabit sebelum memecah masuk bilik di dalam klinik itu.

Pegawai polis memaklumkan, suspek mencabut gigi pesakit ‘mengikut masa sendiri’ tanpa memaklumkan siapa pesakit yang terbabit.

Dia dibawa ke penjara Washie Country pada Jumaat dan dikenakan bon AS$20,000 (RM84,300).

Apa yang berlaku selepas itu kepada pesakit yang giginya dicabut dan motif suspek berbuat demikian masih tidak diketahui.

Sebelum ini, media melaporkan kes seorang pembunuh mencabut gigi seorang jurusolek remaja di Almaty, Kazakhstan.

Pembunuh itu juga bertindak kejam apabila memasak kepala mangsa di dalam periuk.

Dalam kes berkenaan, bahagian lain tubuh Ayazhan Edilova ditemui cuba dilupuskan di pangsapuri suspek berhampiran tempat pembuangan sampah.

Kuku mangsa pula dicabut, menurut polis.-hmtero

About admin 1190 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply