Cara Mohon Tc. (Juruteknik Bertauliah) Daripada MBOT

Tc. adalah singkatan daripada gelaran Juruteknik Bertauliah yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768). Cara mohon tc. ini akan diterangkan langkah-langkahnya di bawah.

Melalui MBOT, anda boleh mendaftar sebagai Qualified Technicians dan seterusnya memohon sebagai Certified Technicians. Ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada juruteknik negara.

Bagi anda yang layak dan berminat untuk mendapatkan gelaran Tc. ini, berikut adalah langkah – langkah mudah daripada MBOT yang perlu anda ketahui.

Cara Mohon Tc:

  1. Untuk menjadi seorang Tc. anda sekurang-kurangnya mempunyai minimum SKM Level 3 sehingga Diploma Lanjutan (minimum SKM 3 up to Advance Diploma) dalam bidang yang diiktiraf Lembaga, dan mendaftar secara online sebagai Juruteknik Berkelayakan dengan yuran sebanyak RM30.

  2. Pengalaman praktikal minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan teknologi diperlukan, sebelum seorang juruteknik berkelayakan boleh memohon untuk menjadi Juruteknik Bertauliah dengan membayar yuran dan mematuhi kriteria yang ditentukan lembaga.

  3. Seorang Juruteknik Bertauliah perlu mengambil penilaian dalam bidang teknologi berkaitan dan membayar yuran sebanyak RM300 untuk sesi penilaian.

  4. Setelah lulus penilaian profesional, Juruteknik Berkelayakan perlu memohon sebagai Juruteknik Bertauliah dengan bayaran RM200.

  5. Setelah diterima (lulus) oleh Lembaga, barulah seorang Juruteknik Bertauliah boleh menggunakan gelaran Tc. pada awal nama atau C.Tech selepas nama.

  6. Pembaharuan perlu dilakukan setiap tahun dengan bayaran RM100 dengan syarat memenuhi 20 jam CPD yang disahkan oleh MBOT.

Berikut adalah carta aliran cara mohon Tc. Juruteknik Bertauliah:

P/s: Tempoh bagi setiap permohonan sehingga diluluskan adalah tertakluk kepada proses dalaman lembaga dan keadaan semasa.

Semoga bermanfaat!

Baca: Cara Mudah Mendapatkan Gelaran Ts. Daripada MBOT

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply