Cara Mohon Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

cara mohon online RMR 2021

Berita gembira untuk semua warganegara Malaysia, permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kini dibuka untuk diisi secara atas talian. Cara mohon online Rumah Mesra Rakyat serta syarat-syarat yang telah ditetapkan boleh dirujuk sebelum permohonan di buat.

RMR adalah satu bentuk bantuan berkonsepkan pinjaman dengan SPNB untuk membina rumah di atas tanah sendiri seandainya pemohon memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi Rm5000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/rumah usang/rumah tidak sempurna
  5. Tanah atau tapak rumah yang bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya
  6. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tanah tersebut
  7. Keluasan tanah hendaklah tidak kurang daripada 3600kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  8. Permohonan juga tertakluk kepada peruntukan kewangan

Baca: Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2022/2023

cara mohon rumah mesra rakyat

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan RMR adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Untuk permohonan online, anda boleh klik terus ke pautan berikut :

http://rmr.spnbonline.com.my

Semoga bermanfaat dan berjaya!

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply