
Pasti ramai yang belum tahu bahawa akaun ASB boleh diakses secara online tetapi sebelum itu anda perlu tahu cara daftar myASNB online terlebih dahulu. Jika anda sudah mendaftar, akan memudahkan membuat pelaburan tambahan, membuat pengeluaran dan paling penting tidak perlu bersesak di kaunter perkhidmatan untuk tujuan yang sama.
Penting Untuk Pendaftaran myASNB Online
Sila kemaskini nombor telefon terkini yang masih aktif melalui kiosk di cawangan myASNB.
Ini penting kerana semasa proses pendaftaran sistem myASNB akan memghantar TAC secara SMS ke nombor telefon anda.
Jadi, apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal myASNB.
Untuk penggunaan mobile app myASNB juga anda perlu menyelesaikan proses pendaftaran ASB online terlebih dahulu.
Cara daftar myASNB online
Caranya adalah dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Klik pada DAFTAR AKAUN.
- Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
- Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran portal myASNB yang tertera.
- Baca dan tekan butang TERUSKAN.
- Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
- Teruskan cara daftar myASNB online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan
- Masukkan maklumat yang diminta seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani
- Perlu diingatkan di sini, walaupun anda langgan banyak produk ASNB, anda hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini
- Klik SETERUSNYA.
- Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
- Klik pada PERMINTAAN TAC.
- Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
- Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia.
- Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
- Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
- Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
- Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal myASNB dengan kata laluan (password) sementara
- Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.
Login myASNB selepas pendaftaran ASNB
Pastikan anda mengikuti setiap langkah cara daftar myASNB di atas bagi memastikan
- Layari portal rasmi myASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Kemudian, klik LOG MASUK.
- Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
- Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
- Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan.
- Klik TERUSKAN.
- Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
- Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan.
- Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
- Setelah kemaskini password, kini cara daftar myASNB secara online telah selesai sepenuhnya.
Semoga bermanfaat!
Baca info: Bantuan Pelan Data Dan Peranti Kepada Pelajar IPT
Leave a Reply