Cabul Gadis, Lelaki Dikenakan Hukuman Menjijikkan

Padah mencabul seorang gadis bawah umur, seorang lelaki di Dholpur, Rajasthan India dipaksa makan najis manusia.

Bukan saja itu, suspek turut dipukul ahli keluarga mangsa yang berang dengan tindakan suspek memasuki rumah gadis itu.

Video menjijikkan yang menunjukkan suspek dipukul dan dipaksa makan najis turut tular di media sosial.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), kejadian itu berlaku malam Khamis lalu apabila suspek mencabul seorang gadis di sebuah rumah.

“Dia ditangkap ahli keluarga gadis itu sebelum dipukul.

“Mereka juga memaksanya makan najis,” kata polis Baseri, Bane Singh.

Polis berkata, dua laporan polis diterima berkaitan cabul dan penganiayaan terhadap suspek, Jumaat lalu.

“Suspek ditahan kerana cabul manakala tujuh yang lain ditahan kerana memukul lelaki itu,” katanya.-hmetro

Baca info: Rogol Kanak-kanak 8 tahun Suspek Ditahan Di Tuaran Bypass Inanam

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply