
Beijing: Kecewa dengan gaya potongan rambutnya, seorang kanak-kanak lelaki membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Global Times melaporkan, kanak-kanak berusia 10 tahun itu pergi ke sebuah salun di Anshun, wilayah Guizhou kerana ingin memotong rambut.
Tular di media sosial, video dia melihat beberapa kali di cermin tidak berpuas hati dengan hasil kerja tukang gunting. Kejadian itu mengundang simpati netizen.
Baca: Bayi Maut Akibat Kesejukan, Ibu Keluar Warnakan Rambut, Minum Arak
“Dia ada pendapatnya tersendiri. Saya kagum dengannya,” kata seorang pengguna Weibo.
Dia kelihatan memegang rambutnya sambil menangis teresak-esak.
Tidak cukup dengan itu, dia terus ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu.
Bagaimanapun, kes terbabit tidak ada kaitan dengan unsur jenayah dan polis memberitahu kakaknya supaya menyelesaikan perkara itu dengan tukang gunting berkenaan.
Kakaknya itu berjanji untuk mendidik adiknya supaya memberitahu ibu bapa terlebih dulu sebelum mengambil tindakan melulu.
Katanya, adiknya itu memang seorang yang teliti soal rambut dan terus membuat laporan polis selepas tidak berkenan dengan gaya berkenaan.
Namun, tindakannya itu mendapat sokongan netizen kerana mempertahankan haknya.
“Dia menyuarakan apa yang dirasakan, tetapi terlalu takut,” kata seorang netizen.-hmetro
Rambut
Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.-wikipedia
Semua lelaki tidak kira kanak ataupun dewasa akan menumpukan perhatian dan masa untuk imej dan penampilan mereka seperti wanita, mewujudkan gaya individu dan unik.
Sangat penting dalam kemunculan setiap orang diberikan kepada potongan rambut yang menarik dengan gaya tersendiri, yang sebahagian besarnya dapat mengubah penampilan rupa.
Leave a Reply