Bilionair Australia Derma 50 Peratus Harta, 14 Sertai The Giving Pledge

Bilionair Australia Derma 50 Peratus Harta, 14 Sertai The Giving Pledge

Bilionair Australia Derma 50 Peratus Harta, 14 Sertai The Giving Pledge

New York: Seramai 14 bilionair mengumumkan mereka menyertai 154 lagi hartawan yang akan mendermakan harta mereka menerusi inisiatif The Giving Pledge.

Dimulakan pada 2010 oleh Bill dan Melinda Gates dengan nilai kekayaan AS$88.5 bilion (kira-kira RM369 bilion) dan Warrent Buffett dengan kekayaan AS $74.2 bilion (kira-kira RM310 bilion), inisiatif itu adalah komitmen untuk kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Harta itu juga buat kebajikan kanak-kanak, wanita, kajian kesihatan, bencana alam, keadilan dan kelestarian alam sekitar.

Mereka yang menandatangani ikrar itu mesti seorang bilionair jika mahu harta mereka didermakan.

Objektif ikrar ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menjadi dermawan walaupun tidak memiliki harta yang banyak.

Antaranya, hartawan dari Australia, Leonard H Ainsworth yang memiliki empayar dalam teknologi permainan video dengan nilai kekayaan AS$1.8 bilion (kira-kira RM7.5 bilion).

“Ini adalah peluang yang terbaik untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan dan saya menyerahkan 50 peratus daripada harta, untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Selain itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MeTL Group, Mohammed Dewji dari Tanzania memiliki kekayaan AS$1.3 bilion (kira-kira RM5.6 bilion) berkata, sebagai Muslim dia mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Hartawan lain, Dagmar Dolby dari Amerika Syarikat (AS) yang mewarisi syarikat dalam industri hiburan dan sistem audio daripada suaminya dan memiliki harta berjumlah AS$3.6 bilion (kira-kira RM15 bilion).

Dong Fangjun, hartawan dari China pula beranggapan perkongsian ini dapat meningkat semangat masyarakat untuk menambah baik nilai dalam kehidupan.

Anne Grete Eidsvig dan Kjell Inge Rokke dari Norway yang memiliki kekayaan bernilai AS$2.6 bilion (kira-kira RM10.9 bilion) pula beranggapan bertuah dalam kehidupan, dan kini mahu berkongsi kebaikan yang dimiliki kembali bersama masyarakat.

Stelios Haji-Ioannou Monaco dan Cyprus Launched, pemilik syarikat penerbangan Easyjet, beranggapan tiada sesiapa yang akan memonopoli sesuatu idea yang baik dan akan terus membantu dengan apa cara sekali pun.

Iza dan Samo Login dari Slovenia yang juga pemilik jenama Outfit7, sebuah syarikat media dan hiburan berbesar hati mengagihkan sebahagian harta untuk projek kelestarian alam sekitar dan sanggup menghabiskan masa untuk projek sedemikian.

Hartawan dari AS, Dean dan Marianne Metropoulos berkata, ukuran utama siapa kita adalah apa yang boleh dikongsikan bersama masyarakat yang ada hidup tanpa sebarang harapan.

Ketua Eksekutif Meritage Group, Nat Simons dan Laura Baxter-Simons pula berkata, mereka begitu mengambil berat terhadap perubahan iklim yang memerlukan tindakan lanjut daripada kerajaan dan badan bukan kerajaan menyebabkan mereka mahu bekerjasama untuk membantu.

Selain itu, Robert Frederick Smith, pemilik Vista Equity berkata, beliau akan menggunakan potensi yang dimiliki untuk membantu memperkasakan orang lain tanpa mengira warna kulit, negara dan jantina.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply