
Belanjawan 2021 mengumumkan peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000 layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA) atau Lanjutan Moratorium Bersasar.
Selain itu, peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik juga boleh membuat permohonan untuk pengurangan bayaran balik pinjaman.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara permohonan yang diumumkan melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia.
Apakah Program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA)?
Program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA) atau Lanjutan Moratorium Bersasar yang terjejas akibat COVID-19.
Industri perbankan telah bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan Golongan PKS.
Ia merupakan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.
2 Pilihan Bayaran Balik
Penambahbaikan bantuan bayaran balik ini akan Bermula bulan Disember 2020 dan akan berkuat kuasa pada ansuran seterusnya selepas permohonan dan pengesahan peminjam diterima.
Para peminjam dalam kedua-dua kategori ini boleh memohon sama ada untuk:
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
Syarat Kelayakan
Menurut info terkini dari laman web BNM tersebut, bantuan bayaran balik pinjaman tambahan akan diberikan kepada peminjam dalam kategori yang berikut:
- Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
- Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.
- Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 yang
- Pinjaman tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.
- Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain, dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank masing-masing.
*Bagi peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik, bank-bank akan menerima permohonan mereka bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
Kredit: BNM
Baca info:Bantuan Prihatin Rakyat (BPR): Permohonan Online dan Kelayakan
Leave a Reply