Banjir Besar Meningkat 11300 Korban di Libya

Banjir Besar Meningkat 11300 Korban di Libya

Banjir Besar Meningkat 11300 Korban di Libya

Jumlah kematian ekoran banjir besar di Libya meningkat kepada kira-kira 11,300 dan bandar Darna dilaporkan paling terjejas teruk, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor dpa.

Baca: Banjir Besar Vermont Amerika Syarikat

OCHA berkata 10,100 lagi masih hilang di Derna, manakala dianggarkan 170 orang lagi terbunuh di beberapa kawasan lain di timur Libya.

“Jumlah korban dijangka meningkat memandangkan misi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan,” kata OCHA.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hampir 4,000 orang yang terkorban dalam banjir itu sudah dikenal pasti.

Ribut kuat Daniel melanda Libya pada Ahad, 10 September selepas membadai Greece, Bulgaria dan Turki.

Dua empangan di pergunungan di pelabuhan Derna pecah, menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply