AS kekal Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Washington: Pentadbiran Joe Biden tidak akan menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebaliknya, akan memberi Palestin sebuah negara yang berhak diterima rakyatnya.

Calon Setiausaha Negara Antony Blinken dilapor berkata demikian ketika ditanya Senator Republikan dari Texas, Ted Cruz pada sidang senat.

Blinken menunjukkan bahawa Biden akan berusaha untuk pengasingan negara buat Palestin namun, sedar akan kesukaran proses itu.

Pakej Baitulmaqdis + Jordan + Petra

“Kaedah terbaik untuk memastikan masa depan Israel sebagai negara Yahudi, negara demokratik dan memberi rakyat Palestin sebuah negara yang mereka berhak adalah melalui apa yang disebut penyelesaian dua negara.

“Secara realistiknya sukar untuk melihat kemajuan proses itu dalam jangka pendek. Apa yang penting adalah memastikan kedua-dua pihak tidak mengambil langkah menjadikan proses itu semakin sukar dan mencabar,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017 dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv pada Mei tahun berikutnya.-hmetro

Apakah Baitumaqdis?

Baitulmuqaddis, juga dieja sebagai Baitulmaqdis (tulisan Arab/Jawi: بيت المقدس) atau Jerusalem (bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushaláyim, bahasa Arab: القدس atau أورسالم  al-Quds atau, Ūrsālim; lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan Ibukota dan Bandar raya terbesar bagi Negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi Agama Islam, Agama Kristian, dan juga Agama Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply