Anggota Polis Ditemui Mati Tergantung Di atas Pokok

Anggota Polis Ditemui Mati Tergantung Di atas Pokok

Seorang anggota polis ditemui mati tergantung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi di sini semalam.

Mayat anggota berpangkat Koperal itu ditemui pada pukul 12.55 tengah hari tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam.

Difahamkan, mangsa yang berusia 30 tahun itu merupakan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Baca: Polis Menggantung Diri Selepas Sambut Hari Lahir Anak Dan Bersahur

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas badan mangsa. anggota polis ditemui mati tergantung itu.

Anggota Polis Ditemui Mati Tergantung Di atas Pokok

“Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.

“Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Yusof berkata, siasatan lanjut berhubung punca mangsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Ujarnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini. – Kosmo!

Apa itu kemurungan ?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkanseseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaantenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutansekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapioleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurunganboleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply