Alih ‘Pulau Terapung’ Setiap Tahun Dengan Bot

Alih 'Pulau Terapung' Setiap Tahun Dengan Bot

Alih ‘Pulau Terapung’ Setiap Tahun Dengan Bot

Hampir setiap tahun, penduduk tempatan terpaksa bekerjasama mengalihkan ‘pulau terapung’ gergasi di Tasik Chippewa di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).

Oddity Central melaporkan, pulau terapung berusia beberapa dekad itu boleh menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan sekiranya ia hanyut dan menghalang jambatan yang menjadi satu-satunya laluan antara bahagian timur dan barat tasik berkenaan.

Apabila ia berlaku, satu-satunya cara untuk mengalihkannya adalah dengan menggunakan puluhan bot yang bergerak secara serentak dan memindahkannya ke kawasan tengah tasik berkenaan.

Baca: Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal

Tahun lalu, 25 bot digunakan untuk menolak pulau terapung itu dari sekitar kawasan jambatan.

“Hampir setiap tahun, ia memerlukan usaha komuniti (mengalihkan pulau terapung itu) dan kamu perlukan bantuan angin dari arah belakang untuk menolak (pulau terapung berkenaan),” seorang lelaki tempatan memberitahu Northern News Now.

Mengenai kewujudan pulau terapung itu, ia berlaku berikutan rawa paya gambut di Tasik Chippewa atau dikenali Chippewa Flowage itu, mula naik ke permukaan dan menjadi habitat untuk benih tumbuhan yang dibawa oleh angin dan burung liar.

Seiring peredaran masa, tumbuhan dari rumput ke pokok mula tumbuh dan rimbunan akar sebenarnya menyebabkan rawa paya itu terapung kemudian tumbuh membentuk pulau di tasik yang wujud sejak 1923.

Menurut laman sesawang Chippewa Flowage, pulau terapung itu ditumbuhi pokok yang bertindak sebagai penghalang apabila angin bertiup, namun ia berupaya menggerakkan seluruh jisim pulau terapung itu ke sekeliling tasik.

Hari ini, pulau terapung yang asalnya hanya seluas kawasan tempat letak kereta bertukar kepada beberapa ekar dan dipanggil ‘Forty Acre Bog’.-hmetro

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply