Alat Sembur Hidung Cegah Covid-19 Bakal Dilancar Thailand

Alat Sembur Hidung Cegah Covid-19 Bakal Dilancar Thailand

Alat Sembur Hidung Cegah Covid-19 Bakal Dilancar Thailand

Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun berkata, alat itu dibangunkan hasil kerjasama Universiti Chulalongkorn, Universiti Silpakorn, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan sebuah syarikat biosains swasta.

Baca: Penyanyi Antivaksin Meninggal Dunia, Sengaja Mahu Dijangkiti Covid-19

Beliau berkata, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) alat itu sudah bermula sejak pandemik melanda dua tahun lepas, dengan dibiayai sektor perniagaan dan HSRI yang dikendalikan kerajaan.

Prototaip antibodi untuk alat itu sudah pun diperoleh dan seterusnya akan dipatenkan.

“Kini, teknologi itu sudah dipindahkan ke sektor swasta. Penyelidikan klinikal sudah dijalankan untuk memenuhi piawaian yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) negara pada Jun.

“Alat itu dijangka tersedia untuk dijual pada suku ketiga tahun ini,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini, semalam.

Baca: Geng Anti-vaksin Baling Najis Ke Arah Polis

Natapnu berkata, perjanjian kerjasama sudah dimeterai untuk mengeluarkan semburan hidung anti-Covid-19 dan ia tertakluk untuk penyelidikan global.

Minggu lepas, timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata, lebih 20 vaksin Covid-19 sudah pun dikaji dan dibangunkan oleh agensi negeri, universiti dan syarikat sejak pandemik bermula.

Beliau berkata, empat vaksin Covid-19 yang dibangunkan secara tempatan dan alat semburan hidung akan didaftarkan dengan FDA Thailand tidak lama lagi.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply