Akibat Merajuk Remaja Ini Bina Dan Tinggal Dalam Gua

Akibat Merajuk Remaja Ini Bina Dan Tinggal Dalam Gua

Madrid: Siapa sangka akibat merajuk dengan ibu bapanya, seorang remaja Sepanyol berjaya menghasilkan sebuah gua peribadi unik di belakang rumahnya di La Romana, Alicante, tenggara Sepanyol.

Andres Canto, 20, pada ketika itu berusia 14 tahun bertengkar dengan orang tuanya sebelum membawa cangkul burung (pickaxe) ke kebun rumahnya bagi mengubati kesedihannya itu.

Sejak itu, selepas tamat sekolah, dia akan melakukan kerja penggalian selain turut meminta rakannya yang bertauliah menggerudi tanah sedalam 3.05 meter bagi membentuk gua.

Baca: Remaja Maut Tahan Lori Pasir Secara Tiba-Tiba, Rakan Rakam Video

Kos projek itu hanya hanya menelan belanja AS$60 (RM248) kerana penggalian dilakukan dengan manual dan sistem pully buatan sendiri dan Canto dilaporkan mengukuhkan atap dan dinding gua dengan konkrit dan tiang.

CANTO di depan gua terbabit. Zenger News

Kini akibat merajuk dan selepas enam tahun, gua terbabit menjadi tempat istirahat bagi remaja itu kerana ia dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik tidur, sistem pemanasan dan muzik serta internet tanpa wayar (WiFi).

Menurut Cantor, dia meminati binaan pondok dan rumah pokok sejak dulu lagi dan akan mengembangkan minatnya itu.

“Saya selalu buat pondok. Saya duduk di luar bandar dan apabila jumpa kayu terbiar, saya akan buat rumah pokok yang cantik,” katanya dalam portal Zenger News.

Sejak video perkongsian Cantor itu tular di media sosial, dia meraih perhatian meluas termasuk pihak berkuasa tempatan.

Mereka membuat pemeriksaan untuk memastikan gua terbabit menepati piawaian.

Menariknya, ibu bapanya juga menyokong minat anaknya itu.

“Ibu saya, turun meninjau ke bawah dan memberi komen gua itu lebih kecil daripada apa yang dilihatnya dalam video,” katanya.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply