Akhirnya PM Setuju Kaji Pengeluaran KWSP Akaun 1

Akhirnya kerajaan bersetuju untuk mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar memerlukan.

Perkara membabitkan KWSP menjadi isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 seperti dimaklumkan Perdana Menteri.

Perbincangan juga sudah dilakukan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu.

Pada belanjawan 2021 kerajaan ini kerajaan akan memberi bantuan dan jika ia dianggap memadai, maka rakyat tidak perlu mengeluarkan yang disimpan KWSP.

Penelitian lebih halus dengan melihat keadaan kumpulan tertentu yang dianggap terjejas seperti mereka yang dibuang kerja akan diambilkira.

Kredit: Harian Metro

Baca info: Setelah 22 Hari Berkahwin Abah Sarna Ceraikan Noni

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply