Addy Kana, 2 Anggota Polis Dibebaskan Mahkamah Persekutuan

Addy Kana, 2 Anggota Polis Dibebaskan Mahkamah Persekutuan

Datuk Addy Kana Dibebas

Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai “Datuk Addy Kana” dan dua anggota polis yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian, dibebaskan dengan serta-merta.

Mahkamah arah bebaskan Addy Kana dan 2 Polis

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.

Baca: 31 Polis Terlibat Macau Scam Miliki Aset Luar Biasa Bakal Dihukum

Empat lagi hakim yang merupakan ahli panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.

MAHKAMAH Persekutuan Putrajaya. FOTO arkib NSTP

Zaidi, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad yang berusia antara 35 hingga 40 tahun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan permohonan writ habeas corpus mereka supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Tengku Maimun bersetuju responden terdiri daripada mahkamah majistret, ketua polis negara, kerajaan dan Asisten Superintendan Khairul Fairoz Rodzuan tidak memenuhi keperluan undang-undang untuk menjustifikasi kesahan penahanan ketiga-tiga mereka.

“Rayuan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ habeas corpus perayu (Addy Kana dan dua lagi) dibenarkan. Justeru, dengan perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan serta-merta,” kata Hakim Tengku Maimun.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply