8 Peristiwa Penting Berlaku Dalam Bulan Ramadan

8 Peristiwa Penting Berlaku Dalam Bulan Ramadan

8 Peristiwa penting berlaku dalam bulan Ramadan

Sepanjang sejarah perkembangan Islam, berlaku beberapa peristiwa besar melibatkan umat Islam dalam bulan Ramadan iaitu:

Pertama: Al-Quran diturunkan

Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. pada 17 Ramadan yang disebut malam al-Qadar. Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekaligus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur kepada Baginda s.a.w. mengikut suasana dan keperluan.

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan al-Quran pada malam qadar.” – Surah al-Qadr: 1

Kedua: Fathul Mekah

Dengan 10 ribu bala tentera, Baginda s.a.w. bergerak dari Madinah tanggal 10 Ramadan 8H dan mengambil masa selama 8 hari perjalanan untuk tiba di sempadan Mekah. Dengan strategi yang tersusun, pada 20 Ramadan tentera Islam telah berjaya mengepung dan memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertempuran yang besar. Manakala sehari kemudian mereka berjaya menguasai keseluruhan Mekah.

Baca: Hukum Tanam Rambut Dalam Islam

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan

Ketiga: Perang Badar

Berlaku pada hari Jumaat 2 Ramadan tahun kedua hijrah di bulan Ramadan. Inilah peperangan pertama dalam sejarah Islam antara tentera muslimin dengan musyrikin. Perang Badar dinamakan sempena nama tempat berlaku peperangan tersebut yang letaknya 155 km ke arah barat daya Madinah. Seramai 313 orang tentera muslimin terlibat menentang musuh yang seramai seribu orang iaitu lebih 3 kali ganda ramainya.

Walaupun begitu, tentera muslim berjaya memperoleh kemenangan yang besar hasil bantuan dari Allah S.W.T. yang mengirimkan bala tentera berupa para malaikat. Hanya seramai 14 orang tentera muslim yang gugur syahid.

Keempat: Perjanjian bersama Rom

Saat pengaruh Islam sudah melebar luas hingga ke seluruh semenanjung Arab, ia secara langsung telah memberi pukulan yang hebat kepada kekuasaan Rom yang menjadi kuasa besar ketika itu. Lantas Maharaja Rom Timur telah memutuskan untuk menahan pengaruh umat Islam dari menyebar pula ke utara Tanah Arab.

Apabila berita itu diketahui Baginda s.a.w. maka Baginda mengarahkan umat Islam berkumpul untuk melawan Rom. Baginda s.a.w. telah mengumpulkan bala tenteranya sebanyak 30 ribu orang dan menuju ke utara Madinah

Ketika tentera Islam sudah tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ sebaliknya mereka melarikan diri kerana berasa gerun dengan tentera Muslim yang ramai. Walaupun begitu tentera Muslim tetap tidak mundur hingga menyebabkan termeterai perjanjian antara Islam dengan Rom.

Sebagai persetujuan, Rom telah tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Baginda s.a.w. dan dikehendaki membayar cukai sebanyak 3,000 dirham setiap tahun.

Kelima: Penduduk Yaman memeluk Islam

Yaman terletak di selatan semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad s.a.w. mengutuskan Ali bin Abi Thalib r.a. membawa surat beliau kepada penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Alhamdulillah, dalam masa satu hari semua mereka memeluk Islam secara aman. Peristiwa ini terjadi pada bulan Ramadan tahun ke 10H.

Seluruh penduduk Yaman menerima dakwah Islam dalam sehari

Keenam: Berhala al-Uzza dihancurkan

Selepas penaklukan kota Mekah dan lima hari sebelum berakhirnya Ramadan tahun ke 8H, Baginda s.a.w. telah mengirimkan Khalid al-Walid untuk memusnahkan patung berhala al-Uzza di Nakhla.

Mengikut kepercayaan Arab Jahiliah, al-Uzza adalah patung dewi yang terbesar di situ. Setiap kali masyarakat Arab ingin melafazkan sumpah pasti nama al-Uzza disebut sebagai memuliakannya.

Khalid al-Walid berjaya menyempurnakan tugas yang diberi dan al-Uzza telah hancur dimusnahkan hingga berakhirnya penyembahan berhala tersebut oleh masyarakat Arab jahiliyah.

Ketujuh: Penyerahan kota Thaif

Pernah Baginda s.a.w. berdakwah ke Thaif namun Baginda s.a.w. dihalau oleh penduduknya. Namun begitu apabila Baginda s.a.w. berjaya membebaskan penduduk Mekah dari penyembahan berhala, penduduk Thaif masih berkeras tidak mahu menerima syariat Islam.

Lalu Baginda s.a.w. dan tentera Islam yang lain mara ke Thaif dan mengepungnya dalam tempoh yang lama.

Akhirnya rombongan penduduk Thaif datang ke Mekah berjumpa Baginda s.a.w. pada bulan Ramadan tahun ke 9H untuk menyerah diri. Patung al-Laata yang dipuja penduduk Thaif berjaya dimusnahkan.

Kelapan: Tentera Islam mengalahkan Monggol

Tentera Monggol dibawah pemerintahan Gengis Khan merupakan tentera yang terkuat dalam sejarah. Mereka berjaya menguasai hampir semua benua Asia. Mengikut catatan, penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi.

Pada tahun 1258M, tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulagu Khan telah menyerang kota Baghdad yang menjadi kemegahan kerajaan Abbasiyah. Serangan itu menyebabkan ramai umat Islam terbunuh sehingga ada ahli sejarah mengatakan seramai ratusan ribu orang menjadi korban dan mayatnya dikumpulkan hingga setinggi bukit.

Setelah tidak terkalah dalam setiap peperangan dan penaklukan akhirnya tentera Monggol berjaya juga dikalahkan di Ain Jalut

Malah buku-buku dan kitab-kitab serta manuskrip karangan para sarjana yang tersimpan dalam Bait al-Hikmah habis dibuang ke dalam sungai Furat dan Dajlah sehingga menjadi hitam airnya kerana dakwat.

Pada 15 Ramadan tahun 1260M, tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dari kerajaan Mamluk Mesir mara ke Palestin setelah Monggol menguasainya dan kedua pihak bertemu di Ain Jalut.

Dalam pertempuran yang begitu sengit itu akhirnya tentera Islam beroleh kemenangan yang luar biasa kerana berjaya mengalahkan tentera Monggol yang tidak pernah kalah dalam setiap pertempuran.

Kredit: utusantv.com

About admin 1195 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply