7 Tips Senaman di Rumah

Dalam masa seluruh dunia menghadapi menghadapi gelombang jangkitan wabak COVID-19 negara kita Malaysia tidak terkecuali terkesan dengan pandemik itu memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua yang menghalang aktiviti seharian termasuk aktiviti sukan.

Bagi anda yang aktif bersenam dan bersukan, sudah tentu tubuh terasa lain macam kerana sudah terbiasa dengan aktiviti sukan. Badan yang tidak berpeluh menyebabkan kita merasa tidak sihat pula. Jangan risau, sekiranya anda tidak mempunyai peralatan gym di rumah anda masih boleh melakukan beberapa senaman ini. Ikuti tips senaman yang anda boleh lakukan di rumah berikut:

1. Berjalan

Berjalan dalam rumah atau di luar rumah sekiranya rumah anda sempit. Sekiranya rumah anda mempunyai tangga turun naik tangga akan membantu menguatkan otot kaki.

2. Lompat katak

Anda boleh cuba senaman melompat seperti katak dan lakukannya dalam kiraan 10 saat ke depan dan belakang. Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.

3. Lompat tali

Lompat tali sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Sekarang anda boleh memilih senaman ini dan paling penting, ia juga menyeronokkan!

Baca: 5 Tips Berhenti Merokok Yang Berkesan

4. Tekan tubi dan bangun tubi

Bagi lelaki, senaman ini mungkin mudah tetapi tidak mustahil perempuan boleh lakukannya. Untuk permulaan anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding (tekan tubi). Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda. Bangun tubi pula baik untuk membakar lemak perut.

5. Naikkan kaki

Untuk menguatkan dan membina otot pada kaki cuba senaman ini. Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Mudah sekali.

6. Lari setempat

Sesuai untuk semua peringkat ummur, joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

7. Aerobik & zumba

Senaman ini dapat dilakukan bersama ahli keluarga lain di dalam rumah.
Lebih mudah ikuti saja senaman zumba dalam televisyen atau youtube.

Semoga bermanfaat!

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply