6 Tips Membantu Tidur Malam

Ada antara kita yang menghadapi kesukaran untuk tidur malam (insomnia) walaupun kita tidur lebih awal. Kesukaran untuk tidur malam bergantung kepada setiap individu berkait rapat dengan aktiviti seharian ataupun emosi seseorang. Sekiranya tidur kita tidak mencukupi, ini akan mengganggu rutin seharian terutama bagi mereka yang bekerja di pejabat. 6 Tips Membantu Tidur Malam (insomnia).

Disini saya kongsikan 6 tips untuk mendapatkan tidur malam yang mencukupi:

1. Senaman pada waktu siang

Dengan melakukan senaman tempoh tidur malam anda akan lebih panjang. Tubuh yang penat menyebabkan anda tidur lebih awal berbanding mereka yang tidak bersenam langsung.

Kajian lain dalam Journal of Clinical Sleep Medicine mendapati bahawa orang dewasa yang mengalami imsomnia dapat tidur 45-60 minit lebih lama pada setiap malam jika bersenam selama 30 minit sebanyak tiga hingga empat kali dalam seminggu.

2. Jangan tidur siang

Mereka yang mengamalkan tidur siang akan menghadapi kesukaran untuk tidur malam. Ini kerana tubuh telah mendapat waktu rehat yang sepatutnya pada waktu malam. Jika anda mengantuk, abaikan dengan membuat aktiviti bebas seperti mengemas rumah.

3. Jangan ambil kafein

Kafein boleh menyebabkan peminum kopi atau teh akan sentiasa aktif dan tidak mengantuk. Satu dos kafein boleh meningkatkan fokus dan tenaga seseorang. Dalam satu kajian, pengambilan kafein 6 jam sebelum tidur akan memburukkan kualiti tidur. Ini kerana kafein boleh bertahan dalam darah selama 6 hingga 8 jam. Oleh itu, minum kopi yang banyak selepas pukul 3 atau 4 petang adalah tidak disyorkan.

4. Elakkan skrin peranti sebelum tidur.

Menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer pada waktu petang akan mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh.

Melatonin adalah bahan kimia utama dalam otak yang membantu kita tidur. Ini bukanlah suatu proses yang mahu kita ganggu.

Ramai antara kita yang gemar bermain telefon sebelum tidur atau sekiranya berkaitan kerja beritahu bos anda sekiranya dia meminta anda memeriksa emel atau group whatsapp pada waktu malam. Pasti dia faham.

5. Membaca sebelum tidur

Membaca bahan bacaan ringan sebelum tidur membantu menggalakkan imaginasi, menenangkan minda dan membolehkan kita tidur dengan lebih cepat.

Saya mencadangkan agar kita membaca buku-buku yang memberi inspirasi seperti buku motivasi, sirah, tafsir atau sebarang buku yang boleh menutup hari kita dengan nota positif.

6. Amalkan doa sebelum tidur

Semua agama menganjurkan doa dalam kehidupan seharian. Bagi orang islam doa adalah senjata dan ibadah yang akan menghindari dari gangguan syaitan. InshaAllah.

Semoga bermanfaat.

Kredit: inchenaim.com
Baca juga: 6 Tips Bangun Pagi

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply