
Rata-rata akan mengalami kenaikan berat badan ketika ke alam perkahwian. Ada juga yang badan naik gempal walaupun belum berkahwin. Dari segi umur pula, badan akan mula naik ketika umur menghampiri angka 30. Ini disebabkan tahap metabolisma yang menurun dan badan perlu pembakaran lemak tambahan iaitu senaman atau bersukan. (6 Tips Kuruskan Badan)
Bersukan tidak akan menurunkan berat badan anda sekiranya tabiat pemakanan yang tidak dikawal (diet). Berikut adalah tips kurus untuk anda:
1. Tekad untuk merasa lapar
Mengawal nafsu makan, sama seperti berpuasa. Kenapa puasa boleh bertahan tapi puasa diet tidak?. Ini adalah perkara paling wajib kerana walaupun banyak produk di luar sana yang menjanjikan “tanpa berasa lapar”, “minum segelas kenyang 8 jam” semua itu karut. Ingat, tiada diet yang tidak lapar.
2. Makan dua kali sehari
Anda makan makanan berat hanya dua kali sehari. Ini secara langsung telah mengurangkan kuantiti makanan anda. Anda boleh makanan seperti buah untuk menggantikan makanan yang ketiga. (6 Tips Kuruskan Badan)
3. Jangan ambil gula!
Obesiti melambangkan pengambilan kalori yang berlebihan. Untuk info, kalori berasal daripada lemak dan gula lihat. Hampir semua makanan yang kita ambil mengandungi lemak dan gula. Dengan mengawal gula sahaja, anda mampu menurunkan berat badan kerana makanan dan minuman yang berlemak tanpa gula tidak akan menggemukkan.
4. Makan sebelum Malam
Selepas No.2 di atas berjaya, anda perlu makan sebelum jam 6 atau malam. Jika sebelum ini makanan berat yang kedua ialah pada waktu malam, biasakan ia sebelum menjelang malam. Pasti berhasil!
5. Bersenam atau bersukan
Sesetengah orang badan yang berpeluh dan penat akan menghilangkan rasa lapar. Jangan pergi restoran selepas bersukan melainkan anda “kuat” untuk menjamah air tanpa gula. Kuatkan tekad anda.
6. Amalkan dan bertahan
Peringkat ini, sangat susah tetapi sangat berkesan. Bermula daripada berlapar (mengawal pemakanan), makan dua kali, jangan ambil gula, jangan makan waktu malam, dan bersenam atau bersukan.
Semoga berjaya!
Lihat juga: 7 Tips Senaman di Rumah Sempena PKP
Leave a Reply