
Ada antara kita yang rajin menjaga kesihatan mulut tetapi tidak menghiraukan bau busuk nafas atau mulut yang keluar daripada mulut sehingga membuatkan orang lain tidak selesa bila berbual terlalu rapat. Bau mulut adalah perkara kurang diberi perhatian tetapi penting untuk imej yang sihat ketika pergaulan di mana mana sahaja. (6 tips hilangkan bau mulut busuk)
Apa itu halitosis?
Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan. Ia boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau. Selain itu boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang.
Apakah punca nafas atau mulut berbau?
Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria. Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.
Ketahui 6 tips hilangkan bau mulut busuk berikut:
1. Gosok gigi termasuk lidah
Menggosok gigi sahaja tidak memadai untuk menghilangkan bau mulut. Lidah adalah bahagian yang banyak terkandung bakteria hasil daripada sisa makanan yang dikunyah. Pastikan lidah anda dibersihkan dengan baik.
2. Mengunyah chewing gum
Chewing gum dapat menyerap bau mulut dan membuatkan nafas anda segar.
3. Jangan makan makanan ringan
Makanan ringan seperti keropok mudah melekat pada gigi dan menghasilkan bau mulut busuk sekiranya terperam dalam mulut. Elakkan makanan ini.
4. Tampal gigi rosak
Gigi yang rosak biasanya menjadi lokasi pengumpulan sisa makanan dalam mulut. Cabut atau tampal gigi yang rosak.
5. Kerap minum air
Minum air masak dapat “mencuci” mulut anda dan mengurang bau mulut.
6. Berhenti merokok atau rokok elektronik
Bagi perokok tembakau atau rokok elektronik nafas busuk berpunca daripada salur pernafasan ke paru-paru. Bau ini tidak akan hilang selagi anda masih merokok atau menghisap rokok elektronik.
Semoga bermanfaat!
Baca info: 6 Tips Membantu Tidur Malam
Leave a Reply