
Enam anggota polis termasuk dua pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan telah melarikan wang tunai berjumlah RM1.6 juta milik warga China.
Kejadian berlaku ketika pasukan itu melakukan serbuan di sebuah rumah di Jinjang, pada 12 November lalu selepas mendapat maklumat berkaitan kes penipuan sebelum mereka melakukan serbuan di premis berkenaan.
Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan pasukan polis itu menemui wang tunai sebelum merampasnya daripada warga China namun rampasan wang tunai RM1.6 juta itu tidak dilaporkan warga China terbabit juga tidak ditahan.
Baca: Dua Anggota Polis Didakwa Seludup 27 Warga India
Menurut sumber, mangsa iaitu warga China terbabit yang mula mengesyaki dan tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya tampil membuat laporan polis, Selasa lalu.
Mengulas lanjut, susulan laporan dibuat mangsa, satu pasukan khas dari Cawangan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula melakukan operasi khas dengan menahan anggota dan pegawai berkenaan.
Selepas beberapa siri serbuan dilakukan, polis berjaya menahan seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dipercayai ketua serbuan berkenaan dan beberapa anggota lain-lain pangkat.
Polis juga menemui sebahagian wang tunai yang dilarikan pegawai dan anggota berkenaan di rumah masing-masing. Namun, jumlah penemuan semula wang yang dilarikan itu dilaporkan hanya RM500,000.
Dalam pada itu, polis kini sedang giat mengesan saki-baki wang tunai yang dilarikan selain semua anggota dan pegawai terbabit ditahan bagi membantu siasatan.-hmetro
Leave a Reply