Seorang remaja perempuan yang baru saja berusia 15 tahun disyaki telah dirogol 6 orang lelaki warga asing.
Kesemua suspek lelaki adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Perkara ini terbongkar selepas pegawai polis menemui mangsa yang sedang merayau berseorangan diri di Taman Komersial Pandan Indah sebelum dibawakan kepada pihak polis pada hari Sabtu lalu.
Mangsa dikatakan sudah tidak bersekolah dan sebelum ini telah melarikan diri dari rumah perlindungan.
Siasatan awal mendapati yang kedua ibubapa mangsa telah bercerai dan sebelum ini telah beberapa kali kena rogol di sekitar Ampang kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha.
Menerusi laporan Harian Metro, enam warga asing yang dikatakan bekerja sebagai buruh telah berjaya ditahan semalam dan masing-masing berusia dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun.
Dua daripda suspek didapati positif dadah jenis opiat dan THC.
Kredit: MyMetro
Info berkaitan: Pelajar 15 Tahun Dirogol Lelaki Baru Dikenali Seminggu
Leave a Reply