6 Fakta Penting COVID-19

Bermula penghujung tahun 2019 seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak koronavirus atau COVID-19 dan kini telah mengorbankan lebih sejuta orang. Di Malaysia, kes kematian telah mencapai 141 orang dengan jumlah kes sebanyak 13,993. Pengetahuan dan fakta tentang virus ini sangat penting untuk kita. Jom baca 6 fakta penting COVID-19 di bawah:

  1. Maksud COVID-19

CO          = Corona

VI            = Virus

D             = Disease

19           = 2019 (Tahun virus ini dikesan)

  1. Asal usul COVID-19

COVID-19 ialah penyakit yang telah dikenal pasti sebagai punca wabak sistem pernafasan yang dikesan di Wuhan, China.

  1. Istilah dan Virus Terdapat Dalam COVID-19

Virus sebenar dalam COVID-19 ialah disingkatkan kepada SARS-CoV-2 yang membawa maksud Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) atau Bahasa Inggeris: Severe acute respiratory syndrome coronavirus 2. Dahulunya dikenali sebagai koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) atau Bahasa Inggeris: novel coronavirus 2019, serta pernah dinamakan 2019-nCoV buat sementara.

  1. Simptom

Mungkin mengalami batuk, sakit tekak, suhu tinggi, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot atau sendi, keletihan, dan hilang deria bau dan rasa. Simptom pneumonia COVID-19 termasuklah sesak nafas, hilang selera makan, kekeliruan, sakit atau tekanan di dada, dan suhu tinggi (melebihi 38 °C).

  1. Ketepatan Simptom

Biasanya (bukan semua) mengalami batuk, sakit tekak, suhu tinggi, sakit otot atau sendi, keletihan, atau sakit kepala. Suhu tinggi, sakit otot atau sendi, keletihan, dan sakit kepala meningkatkan kecederungan penyakit COVID-19. Sehingga kini kombinasi simptom yang tepat masih belum dijumpai walaupun beberapa diagnosis pesakit dibuat.

  1. Kenapa Kuarantin 14 hari?

Tindakbalas tubuh terhadap kesan jangkitan COVID-19 berbeza bagi setiap orang bergantung kepada tahap kesihatan, umur dan mungkin gaya hidup seseorang. Sekiranya ujian saringan dilakukan dengan keputusan negative, kuarantin 14 hari wajib kerana gejala ataupun simptom berlaku dan hanya depat dikesan sepanjang tempoh 14 hari. Selepas 14 hari, anda sihat! Anda bebas COVID-19!

Sumber: wikipedia

Baca: COVID-19: Singapore Cipta Ujian Virus Melalui Hembusan Nafas

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply