594 Doktor Meninggal Dunia, Anjing Makan Mayat Di India

594 Doktor Meninggal Dunia, Anjing Makan Mayat Di India

Persatuan Perubatan India (IMA) dalam satu kenyataan kelmarin mendedahkan seramai 594 doktor meninggal dunia pada gelombang kedua penularan Covid-19 di India.

Hindustan Times melaporkan kebanyakan doktor meninggal dunia di ibu negara ini yang juga salah satu kawasan hotspot wabak Covid-19.

Kawasan lain seperti Bihar, Uttar Pradesh, Rajasthan, dan Jharkhand turut menyaksikan kematian sejumlah besar doktor pada gelombang kedua penularan Covid-19.

Baca: Kes Covid-19 India Pecah Rekod Dunia, Catat Angka Lebih 18 Juta

Data dikongsikan oleh IMA menunjukkan seramai 107 doktor meninggal dunia di New Delhi semasa gelombang kedua.

Ia diikuti 96 kematian di Bihar, Uttar Pradesh (enam), Rajasthan (43) dan Jharkhand (39).

Bagaimanapun, IMA selaku pertubuhan doktor sukarela di India memaklumkan ada kemungkinan jumlah kematian sebenarnya melebihi statistik itu.

Ini memandangkan persatuan hanya menyimpan rekod 350,000 daripada 1.2 juta doktor di seluruh India.

Akan tetapi, data dikeluarkan IMA itu boleh dipercayai dan menjadi pendekatan mengenai gambaran keadaan doktor di India di kala pandemik Covid-19.

Selain bilangan kematian, IMA baru-baru ini turut menyuarakan kekesalannya berhubung insiden kekerasan membabitkan golongan doktor.-hmetro

Anjing Makan Mayat

Anjing-anjing liar dilihat memakan sisa-sisa tubuh manusia yang terdampar di tepi sungai di India ketika negara tersebut berjuang dengan jumlah kematian yang meningkat akibat Covid-19.

Memetik laporan  Mirror, India sekarang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19 yang menghancurkan negara itu terutama sistem perkhidmatan kesihatan dan juga khidmat pembakaran mayat.

Penduduk Uttarkashi di Uttrakhand, India mengaku telah melihat anjing-anjing liar itu memakan daging manusia, yang antaranya terbakar separuh setelah hanyut ke tebing sungai Bhagirathi.

Seorang penduduk tempatan mengatakan bahawa dia sedang melukis di tepi sungai pada hari Isnin ketika terlihat anjing-anjing itu melahap daging si mati.

Lelaki itu memberikan gambaran apa yang berlaku sebagai “kematian kemanusiaan” dengan pemerintah tempatan dirayu untuk untuk menangani lambakan mayat yang tidak terurus itu.

Penduduk tempatan juga bimbang Covid-19 akan tersebar lebih jauh melalui bekalan air atau melalui anjing yang memakan mayat mangsa penyakit itu.

Presiden perbandaran Ramesh Semwal dilaporkan sebagai berkata, bahawa setelah menerima aduan, para pegawai telah menugaskan seseorang untuk mengebumikan mayat yang separuh terbakar, yang telah terhanyut di tebing sungai.

“Selama beberapa hari kebelakangan ini, jumlah kematian telah meningkat di daerah kami. Saya juga mengetahui bahawa mayat tidak dibakar dengan betul, jadi saya telah mengarahkan pihak pentadbiran untuk mengatur di Kedar Ghat untuk pembakaran mayat separuh terbakar,” kata Ramesh.

Hal ini sama seperti yang berlaku kepada mangsa Covid-19 dibuang ke Sungai Gangga di negeri utara Bihar dan Uttar Pradesh bulan lalu.

Satu rakaman yang muncul semalam pula menunjukkan saudara-mara yang memakai pakaian pelindung diri (PPE) lengkap membuang mayat ke dalam Sungai Rapti di Balrampur, Uttar Pradesh.

Pihak berkuasa percaya bahawa keluarga mangsa Covid-19 yang maut tidak dapat mencari tempat untuk mengebumikan orang yang mereka sayangi atau tidak dapat melakukan upacara terakhir.-utusan

About admin 1194 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply