50 Tahun Lari Dari Penjara, Lelaki ini Ditangkap Semula

Seorang lelaki di Michigan yang melarikan diri dari penjara dan menjadi buruan FBI selama hampir 50 tahun, berjaya ditangkap semula.

Leonard Rayne Moses, 68, ditangkap tanpa melawan pada Khamis lalu di Grand Blanc, Michigan oleh anggota pasukan petugas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Detroit.

Moses dipenjara seumur hidup kerana melempar bom molotov ketika menyertai sekumpulan perusuh dalam rusuhan selepas pembunuhan Martin Luther King Jr pada 1968.

Bom petrol itu menyebabkan rumah Mary Amplo di Pittsburgh, terbakar manakala mangsa meninggal dunia akibat kesan kebakaran.

Kredit: Berita Harian

Baca info: Kajian: 60% Lelaki Malaysia Tidak Suka Teman Wanita Mereka Seksi atau Memakai Top

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply